Saya tahu hati awak berdebar-debar
Saya tahu perasaan cinta awak pada dia kian berbunga kembali
Saya tahu juga.. awak tak sabar untuk berjumpa dia
Saya juga tamu amat yang awak terlalu sayangkan dia
Dan yang paling saya tahu...
Awak ingin dia kembali bersama awak semula
Berat benar dugaan yang saya hadapi
Saya tahu saya akan kalah
Dalam fikiran awak sekarang ini
Hanya ada dia..Bukannya saya
Saya tahu saya agak over dengan perasaan saya
Sebab tu saya over disini sahaja
Saya taknak tunjuk dekat awak..
Biar saya luah disini sahaja
Mungkin hati saya lagi tenang
Dan awak pun tak tahu.
Bermacam perkara menerjah dikepala saya
Tak dapat saya bayangkan
Jika dia kembali pada awak
Jika awak dan dia bersama kembali
Sekembalinya dia ke Malaysiapun
Dah cukup merisaukan saya
Andai dia kembali bersama awak
Saya tak tahu bagaimana dengan saya lagi
Apa akan jadi pada hubungan kita
Dan pentingkah saya lagi disisi awak
Mungkin saya bukan siapa=sipa lagi pada awak
Entahlah awak..
Saya ingin sangat bahgiakan awak..
Tapi awak mungkin lebih bahgia dengan dia
Rasa bodohnyer saya setuju awak cari dia balik
Kenapa saya nak lepaskan awak pergi dekat orang lain?
Kenapa sya nak biar orang lain rampas awak dari saya?
Saya tahu saya akan kecewa dan sedih
Tapi biarlah saya yang merasa luka
Andai awak yang merasa bahgianya
Awak... ingin sekali saya bertanya apada awak
Bahgiakah awak dengan saya?
Gembirakah awak bersama saya?
Tak bahagiakah awak dengan saya?
Tapi saya tak dapat nak cakap
Sebab saya tahu
Awak akan rasa rimas dengan soalan itu
Saya tahu awak tak suka saya tanya soalan nie..
Takper.. Biarlah soalan itu tak berjawab..
Kerna....
Awak memang tiada jawapan untuk itu
Apapun.. Cukuplah awak tahu
Bahawa saya tetap sayang awak dan cinta awak
Walaupun awak tak cintakan saya
No comments:
Post a Comment