Monday, March 19, 2012

Bagaimanakah Selepas Ini

Kusangka semuanya akan berjalan lanjar..
Namun kita manusia hanya merancang
Selebihnya... dialah yang menentukan

Tiadalah kusangka akan terjadinya begini
Maafkan aku... bukan salahku
Maafkan aku...

Kini aku menanti kehadiran hari esok yang tidak aku ketahui
Baikkah.. atau sebaliknya..
Bisakah aku hadapi semuanya
Ya Allah..
Berikan aku kekuatan..

Friday, March 2, 2012

Diam Itu Lebih Baik

Letih sudah mahu bicara
Lemah sudah mahu berkata
Mulut bagaikan terkunci mati
Suara hilang bagaikan dipecah-pecah

Terusan aku berdiam diri
Mungkinkah itu lebih baik
Tatkala diri tak mampu untuk berpatah lagi
Pinta ku agar terus memahami

Mungkin ini suratan takdir hidup ini
Atas pilihan jalan sendiri
Tiada apa yang boleh diubah lagi
Kuteruskan langkah kaki ini
Untuk meniti hidup yang telah dijalani kini

Biarpun dalam keadaan sederhana
Biarpun dalam sembunyi
Walaupun dalam kelam..
Kuyakin Allah pasti merahmati
akan segalanya ini...