Thursday, June 21, 2012

Bahagia Itu Dengan Izinnya

Mencipta bahgia itu hak kita sebagai hambanya
Tidak kiranya dengan apa cara segalipun
Jalan mana yang dilalui sekalipun
Atau... dimana sekalipun
Atau dengan siapa sekalipun
Asalkan dicipta atas namaNya
Dan dengan IzinNya juga bahgia itu tercipta

Walau bahgia dengan menempuh kesusahan
Walau bahgia dengan menempuh kedukaan
Walau bahgia yang lambat mendatang
Segalanya keranaNYA

Usah dirisaukan kerana tiada bahgia
Bahagia tak semestinya hanya didunia sahaja
Diakhirat tetapda bahgianya
Yang penting janganlah lupa KepadaNya
Kerana dialah penentu segalanya

Syukur Alhamdulillah..
Diri ini menempuh bahgia..
Dengan segala izin dariNya
Biarpun tanpak sukar..

Monday, June 18, 2012

Padanya Ku berserah

Dalam meniti hari-hari yang berlalu
Seakan-akan hati tertanya-tanya
Akan dimana hujungnya..
Hujungnya kisah sebuah kehidupan
Akhirnya sebuah kehidupan

Kadang kala mata merenung jauh
Merenung masa yang telah berlalu
Merenung masa yang senang berjalan
Merenung masa yang bakal mendatang

Kadang hati mahu segala yang indah
Kadang hati mahu semua yang baik..
Namun semua itu dengan izinnya
Kita hanya mampu merancang
Dan selebihnya DIA yang menentukan segalanya

Namun hati tetap tabah..
Tabah menghadapi segalanya
Pasti tersembunyi hikmah diatas segala
Padanya kuberserah...