Thursday, September 30, 2010

Too Tired

I'm too tired tonight
I hope he call me and spend time with me..
But he busy with his study
Its ok,
I understand.
Hope he can get his dreams comes true

I miss you so much honey
My phone ringing
I quickly pick up the phone..
I thought it was you..
But.... Not.
I just want you to call me not others...

I really miss our time..
I hope we can be together like before..
Even not now, it can be tomorrow,
or soon....
I'll be waiting for you
I always pray for your happiness
And hope you can concentrate on your study
I hope you can finish your study with best grade
I always support you here.
I'll be there for you..

Menagih Cinta

Tanpa diminta
Hadir seorang insan yang menagih kasih dan cintaku
Mengharapkan sesuatu pada aku
Mengharapkan aku menerima dirinya menjadi kekasihku
Meminta tempat didalam hidupku sebagai teman istimewa

Saban hari kata-kata cinta dan sayang diluahkan padaku
Kerap kali bertanyakna khabarku disini
Kerap kali cuba mengajakku berjumpa dengannya

Hampir sebulan sudah dia kukenali
Namun perasaan itu masih tidak wujud lagi dalam diri ini
Kerap kali aku menyatakan
Jangan terlalu berharap padaku
Jangan terlalu meletak harapan tinggi padaku
Nanti kecewa akhirnya

Maafkan aku..
Aku tak bisa menerima kehadiran insan lain
Aku tak bisa menerimamu
Sedangkan hati ini telah dimiliki
Cinta ini telah dimiliki
Oleh insan lain

Maafkan aku...
Usahlah menunggu diriku
Andai bertemu insan yang lebih baik..
Ambillah dia..
Mungkin dia lebih baik berbanding diriku
Maafkan aku.. kerna aku belum boleh
menyambut huluran cintamu
Kerna diri ini telah dimiliki
Biarpun hanya aku yang merasakan
Aku telah dimiliki..
Maafkan aku

Wednesday, September 29, 2010

Cinta itu Bagai Membunuh

Setiap manusia yang berpasang-pasang
Pasti merasakan kehangatan cinta
Kerana cinta segalanya bagai indah
Sedangkan tak semua cinta itu indah
Tak semua cinta itu menjanjikan kebahgiaan buat kita
dan tak semestinya cintaitu
Bisa dimiliki

Kerna terlalu mencintai pasangan
Segalanya tiada penting melainkan dia
Dan apabila cinta itu hilang..
Hilangnya keyakinan diri
Kerna cinta dibawa pergi
Patahnya semangat diri apabila cinta itu hilang sekelip mata
Sedangkan apabila cinta itu hilang
Ia bisa hadir kembali
Namun hati menutup segala
Rasa takut mula menyelubungi diri
Keyakinan dan kepercayaan pada cinta mula hilang

Takut akan kenangan lalu
Takut pada bayangan sendiri
Sedangkan sendiri tidak pernah mencuba.
Kegagalan itu tidak semestinya kita harus berpatah arah
Pasti ada yang baik menanti kita

Dan....
Cinta aku....
Pernah hilang... tatkala musnahnya impian dibina...
Dan pernah aku mengatakan bahawa tiada cinta lagi
Namun ia hadir juga dengan IzinNya
Dan aku menyintainya dari jauh..
Biarpun dia tidak mampu mengerti..
Berat dugaan yang aku lalui
Namun tidak pernah mematahkan semangatku
Sehabis daya aku pertahankan perasaan ini
Sehingga dengan izin Allah yang Maha Kuasa

Cinta yang luhur itu lahir tanpa disedari
Lahir secara tiba-tiba tanpa disedari
Dan akhirnya baru terucap dibibir
dan terlaku oleh perbuatan

Dan cintaku lahir secara diam tanpa sedar..
Dan apabila sedar.. aku tak mampu menolaknya sehingga kini

Monday, September 27, 2010

Selamat Ulang Tahun Sayang

Tarikh: 23 September 2010

Hari ini Hari lahirmu
Ingin sekali aku berada didepanmu
Menatap wajahmu
Membisikkan sesuatu padamu
"Selamat Ulang Tahun Sayang"
Mendakapmu
Agar kau terasa bahgia bersamaku

Namun aku disini jauh darimu
Biasa mendengar suaramu di talian
Memandang wajahmu yang tersemat difikiranku
Ingin sekali aku menceriakan hari ulangtahunmu
Namun apa dayaku

Ingin aku hadiahkan sesuatu padamu
Sesuatu yang amat berharga
Tetapi apakah hadiahnya
Aku tahu.. hanya satu hadiah yang mampu aku berikan
Yang mungkin kau tidak bisa melihatnya
Dan kau tidak bisa mengerti
Hadiah sebuah kasih sayang dan cinta yang tak berbelah bagi padamu
Ketulusan hatiu memberikan hatiku padamu
Keikhlasan cinta yang aku berikan padamu
Biarpun...biarpun...
Ia tidak diihat olehmu
Hanya itu hadiah yang paling berharga yang mampu aku berikan
Hanya untukmu sayang

Mungkin hadiah ini tidak seberapa..
Tapi bagiku cukup berharga
Sayang..
Selamat ulangtahun..
Semoga awak sentiasa bahgia disana
dan senantiasa sihat selalu
Apa yang saya inginkan..
Awak sentiasa gembira.. ceria.. dan sihat..
Saya disini biarpun jauh..
Tetap berada disisi awak..
Disiang, dimalam, ditidur dan jagamu sayang

Sekali lagi selamat ulang tahun sayang
Maaf andai tak bisa mengucapnya didepanmu
Aku takut.. kau semakin jauh dariku
Aku bimbang kau merasa rimas denganku
Biarlah retorik ini menjadi tempat ku
Selamat Ulang tahun sayang..
Aku disini senantiasa disisimu..
Menyayangimu tanpa ada ragu..
Hanya untukmu...

Aku yang bersedih

Tarikh: 9/23/2010 11:31:24 PM

Hari ini 23 september 2010, dan hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran dia. Semalam, aku tidak sabar untuk menunggu detik 12 semata-mata untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahunnya yang ke-22. Dan disaat itu juga fikiran ini berkecamuk dengan panggilan daripada teman lelakiku. Kenapa semua itu berlaku serentak. Aku teringin sangat untuk menghubungi dia, tapi tentu dia sedang berseronok dengan rakan-rakannya. Sms yang kuhantar bagai jawab dengan tidak. Tak mengapa mungkin dia sibuk. Aku menyabar dan menenangkan hati.

Akhirnya aku tertidur sediri…

Malam ini aku terlalu letih… Ingin sekali aku mendengar suaranya, berbual dengannya agar letih penatku bekerja hilang. Biarpun tidak mendengar suaranya cukuplah dia membalas sms denganku… Namun aku masih lagi hampa. Tiada balasan darinya. Tanpa sedar.. air mata ini bercucuran.. Kenapa? Kenapa? Kenapa aku mesti menangis kerana dia? Kenapa aku mesti bersedih kerana dia?
Sedangkan aku dan dia tiada apa hubungan yang serius. Sedangkan dia tidak pernah menyatakan yang aku ini miliknya.. Kenapa? Kenapa? Deraian air mata ini semakain laju. Pada siapakah harus aku luahkan semuanya.

Aku menyedari dia sibuk dengan kerja dan tugasan belajar dia. Dan aku juga tak mahu membebankan dia dengan diriku. Dia punyai kehidupan dia sendiri. Dan aku tak mahu menjadi penghalang pada setiap kehidupan dan hari-hari yang dia lalui. Mungkin dia terlalu muda untuk mengerti hati dan perasaan ini.

Aku tahu, aku sendiri yang bermain dengan perasaan sendiri terhadapnya. Sedangkan dia tidak. Adakah aku terlalu bodoh dan terlalu lemah dengan mainan perasaan sendiri. Yang tidak tahu membezakan semuanya. Kenapa aku jadi begini sekali setelah kenal dengannya? Kenapa aku begitu bodoh sekali!!!bodohnya aku meluahkan perasaan pada seseorang yang tak penah membalas huluran cinta yang aku berikan. Bodohnya ku yang masih lagi menanti jawapan dari dia yang tak pernah meluahkan apa-apa.
Sampai bila aku harus terus menanti dan berpegang pada perasaan ini. Sedangkan segalanya bagai tiada jawapan yang pasti. Aku ibarat menangih cinta pada insan yang entah sudi entahkan tidak.

Kasih ini telah terlalu dalam. Cinta ini telah terlalu kuat. Tidak bisa aku menarik kembali perasaan aku padanya. Saat aku memberikan cinta, saat itulah segalanya aku serahkan pada dia. Dan adakah dia mengerti? Betapa tulusnya aku mencintai dia, seperti mana aku tulusnya aku mencintai bekas kekasihku. Apakah impian aku ini akan musnah seperti musnahnya impianku dengan bekas kekasihku?

Hanya masa yang akan menentukan segalanya. Dia masih keliru dengan perasaannya sendiri. Tak mengapalah. Mungkin antara kita hanya ditakdirkan menjadi teman dan bukannya kekasih. Dan aku menyedari kau berat untuk menerima diriku. Aku sedar siapa diri ini. Dan andai benar sukar untuk kau terima aku redha dengan keputusanmu. Biarlah perasaan ini kupendam dan biarlah aku merinduimu dikejauhan ini. Dan melihat kau bahgia disana.

Mungkinkah terjawab

Semalam aku luahkan lagi padamu
Namun aku masih lagi hampa
Apakah salah dan kurangku
Sehingga kau sukar untuk menerimaku
Sampai bila untuk kau berfikir
Mengapa sukar benar untuk kau nyatakan
Dan sering membuat aku tertanya-tanya
Jauh sudah kita berjalan
Jauh sudah kita pergi
Sehingga hari ini masih lagi tiada jawapan pasti
Aku tak ingin mendesakmu
Tapi apakan daya hati ini
Naluri hati ini yang igin disayangi dan dicintai
Jika bena kau tidak bisa menerimaku
Katakan sahja
Dan aku tahu apa yangharus aku lakukan
Tetapi aku masih lagi tidak menerima jawapan pasti darimu
Awak…. Sampai bila awak nak siksa perasaan saya
Sampai bila awak nak biarkan saya terus begini
Adakah salah saya membiarkan segalanya berlaku
Adakah salah saya yang terlalu menyintai awak
Adakah salah saya atas semua ini

Semalam saya telah berjanji pada awak
Saya tidak akan mendesak lagi
Tidak akan bertanyakan lagi tentang perasaan awak
Tidak akan bertanyakan soal hati dan perasaan
Saya dah terlalu banyak bertanya
Sehingga tiada jawapan yang saya terima dari awak
Dan saya hanya menanti sebuah jawapan daripada awak
Sampai bila? Saya sendiri tidak tahu.
Makin lama masa yang awak ambil, makin lama saya menunggu
Sememangnya saya berasa kecewa dengan awak
Tapi haruskah saya luahkan pada awak
Pasti hanya membebankan fikiran awak
Ambillah masa yang awak perlu
Saya tidak akan persoalkan lagi apa-apa
Cuma saya harap janganlah awak membiarkan saya menanti
dan akhirnya awak musnahkan segalanya
Biarlah saya menyayangi dan mencintai awak dari jauh
Biar juga saya pendam segalanya
Mungkin itu lebih baik dari saya terasa terluka dan kecewa

Awak…
Saya tetap doakan kebahagiaan awak
Dari jauh ini… saya tidak abaikan awak..
Biar sesibuk manapun saya
Takkan sekali saya abaikan awak
Saya Cuma harap awak memahami perasaan saya
Awak yang semai perasan itu dalam diri saya
Dan saya hanya menjaganya tanpa ada celanya
Awak…
Saya akan terus menanti jawapan awak..

Tarikh: 25 September 2010, 9.08am

Pentas Dunia

Diperbatasan waktu yang tiada hentinya
Dan aku masih lagi berdiri diatas bumi yang nyata
Nyatanya bumi ini pada luarannya
Sedangkan pada aku yang masih lagi dialam khayalan
Aku meniti di batas-batas waktu yang kadangkala menyesatkan fikiranku
Diatas satu kehidupan yang kuciptakan dengan keizinannya
Mencipta duniaku sendiri tanpa ada yang bisa merobeknya

Aku yang dahulunya jatuh
Dan kini bangun kembali
Mencari dan terus mencari erti kehidupan aku dibatasan dunia ini
Sampai kapan akan aku bisa mengerti semuanya

Seringkali aku terfikirkan
Dimanakah penghujungnya
Dimanakah akhirnya akan kehidupan aku ini
Bagaimanakah perjalanan hidup yang akan aku tempuh
Apakah halangan dan cubaan yang akan aku hadapi
Demi mencapai kehidupan yang aku ingin ciptakan

Seringkali aku tertanya
Mengapa hidup ini penuh dugaan
Mengapa hidup ini penuh dengan suka duka
Mengapa hidup ini kadangkala derita dan bahagia
Mengapa hidup ini ada adil dan ada kejam
Hidup ini bagai satu pentas
Dimana kita pelakonnya
Jahat, baik, sedih, gembira, marah semuanya rencah kehidupan
Diatas pentas dunia yang bila-bila sahaja bisa berakhir
Dan kita sendiri tidak tahu akan nasib kita disana
Pastinya yang hakiki

Dan aku disini tetap yakin
Berdiri disatu landasan yang betul
Tanpa aku rasa ragu dan curiga
Dengan rasa yakin akan adanya sesuatu yang terbaik buatku

Ditulis pada: 27 September 2010, 12.51am

Monday, September 6, 2010

Bintang Kau Pujaanku

Bintangku dimana dikau
Jauhmu disana meninggalkan aku sendirian disini
Aku menanti saat hadirmu bintang
Menyinari kembali hidupku
Seperti masa-masa yang lepas
Aku merinduimu bintang

Ku tahu kau tetap bersinar disana
Namun aku ingin kau sinari ku setiap detik adanya aku disini
Banyaknya bintang yang datang untuk sinariku
Namun sinarmu jua yang aku impikan

Aku ingin menjadi langit
Dimana kau bisa hadir dimana aku sering terus berada
aku ingin menjadi bulan...
Saat hadirmu bintang disisi bulan
Bulan akan jadi lebih indah
Bila bintang selalu ada

Bintang diutara...Bulang diselatan...
Bisakah utara bertemu selatan..
Bintang aku sangat merinduimu
Bimbang aku bimbang...
Ada yang ingin menggoyah kesayanganku padamu bintang
Ada yang ingin mencuri hati bulanmu ini..

Aku ingin menjadi bulanmu sahaja..
dan kau N**** tetap benjadi bintangku

Sunday, September 5, 2010

Hati Ini Berbicara Suka Dan Duka

Saban hari, aku meniti kehidupan yang bagai tiada kesudahannya
Kehidupan yang aku lalui kini bagai tiada serinya
Bagai tiada indahnya, bagai tiada jalan penamatnya
Seringkali aku termanggu sendiri
Memikirkan perihal hidup yang entah aku sendiri tidak bisa mengerti
Perihal kerjaya yang entah kemana
Perihal hati dan perasaan yang sering berkecamuk
Semuanya bagai tiada kesudahannya

Saat ini, seringkali hati dan perasaan ini diuji
Dengan dugaan yang aku sendiri entah bisa atau tidak untuk dilaluinya
Seringkali aku diuji dengan kehadiran insan-insan yang cuba mendekati dan ingin memiliki
Aku bagaikan tertanya-tanya..
Kenapa mesti aku lalui kehidupan sebegini
Kenapa tatkala hati ini aku kunci untuk seseorang
Masih ada lagi yang ingin mendekati
Masih ada yang ingin memilikiku
Masih ada yang cuba mendampingiku

Hati, Cinta, Kasih, Sayang, Rindu,
Telah kukunci untuk dia yang aku semakin sayangi
Dia yang hadir saat aku dilanda masalah
Dia yang hati memberi aku semangat yang baru
Dia yang hadir memberi aku kekuatan
dia yang mendampingiku sehingga membuatkan aku jatuh cinta padanya didalam diam

Namun... adakah aku yang berperasaan sendiri
Mencintai insan yang tidak pernanh sekali menyatakn rasa cintanya
Mencintai insan yang tidak pernah sekali menjawap pertanyaanku
Mencintai insan yang seringkali berdalih mengenai soal hati dan perasaan
Mencintai insan yang hanya menganggap aku teman mesranya
Apakah bisa dia mengerti akan perasaan ini
Apakah dia bisa memahami keluhan dan luahan hati ini

Saban hari aku tunjukkan rasa kasih dan sayang padanya tanpa ada rasa jemu
Malah dia merasa rimas dengan tindakanku
Malah dia rasa terkongkong dengan perlakuanku
Ingin aku bertanya..." Salahkah diriku ini kerna mencintainya?"
"salahkah aku mengambil berat tentangnya?"
"Salahkah diriku kerna  meminta darinya?"

Sehabis dayaku menurut kehendaknya
Sehabis dayaku menunaikan permintaannya
Sehabis dayaku melayan kernahnya tanpa ada rasa jemu..
Sehingga semuanya memakan diri sendiri...
Mengikat diri pada cinta yang tidak pasti

Sehingga aku tertanya...
Dimana kurangnya aku dimatanya
Kenapa aku tak bisa dipilihnya
Mungkinkah Aku tidak sesempurna dengan wanita idamannya
Mungkinkah aku tidak layak menjadi teman hidupnya
Mungkinkah aku tidak punyai apa-apa
Mungkinkah aku hanya teman dikala kesepiannya
Mungkinkah aku hanya teman disaat kekosongannya

Aku tak ingin mendesaknya menerima diriku
Aku menyedari saat kekurangan diriku
Aku tak ingin mendesaknya untuk mencintaiku
Aku menyedari cintanya milik orang lain
Aku tak ingin mendesak akan segala sesuatu
Kerna aku menyedari akan aku hanya cebisan kecil yang wujud didalam hidupnya

Rindu kian menebal...
Cinta kian bersemi
Sayang semakin dalam..
Namun.. tak mampu dimengerti akan kehadiran perasaan
Perasaan yang tulus ikhlas terlahir dari diriku untuknya

Tatkala aku tidak pernah jemu menantinya
Tatkala aku tidak sabar menanti waktu kosongnya untuk aku
Tatkala aku setia menantinya
Hadir kini seorang insan
Insan yang ingin memiliki diri ini
Lantas aku menjadi tak karuan
Bukan kerna aku tertarik padanya
tapi aku bimbang...
Bimbang andai ia bisa merubah segalanya

Aku tak bisa mengalihkan perasaan ini pada yang lain..
Kerna perasaan ini untuk insan bernama N****
Tak bisa aku mampu mengalihkan perasaan itu pada yang lain
Bukan mudah untuk aku menyintai menyayangi insan yang lain
Walaupun aku sedari... aku hanya teman mesranya sahaja
Namun hati aku tak bisa membohongi
Biarpun aku hanya teman mesra... namun cinta ini tetap bersemi untuknya
Sampai izinNYA....
Biarlah dia tidak mampu mengerti...
Cukuplah aku menyimpan rasa itu untuknya
Walaupun dari jauh
Wsalaupun dia tidak mengetahuinya
Walaupun dia bukan untukku
dan walaupun dia tidak mencintai aku

Dan aku tidak akan pernah memaksanya..
Biarlah perasaan itu lahir dari hatinya tanpa aku memaksanya..
Biarlah dia mengerti dengan sendirinya tanpa aku cuba mengertikannya
Kerna... hati yang sabar itu.. akan sentiasa beroleh kemenangan..
Sesabar hatiku menanti dia...
Hanya untuk dia..

Bunga Dikejar Kumbang

Saat dan ketika ini..
Bunga sering dikejar oleh kumbang-kumbang yang ingin milikinya
Saat bunga ini kembang bersendirian
Kumbang-kumbang sering sahaja mendekati
Sibunga kian merasa bahangnya
Saat ada kumbang yang ingin menaklukinya

Sibunga menjadi kerisauan
Tatkala menanti kumbang idamannya
Datang mempertahankannya
Sibunga sendirian mempertahankan madunya
Madunya yang hanya untuk kumbang yang dipilihnya

Sibungan menjadi semakin risau
Kumbang idamannya tidak berbuat apa-apa
Hati bunga bertanya..
Kenapa? Tidakkah kau bimbang aku dimiliki kumbang yang lain?
Kenapa? Tidak adakah perasaan untuk kau mempertahankan bunga dari diambil kumbang lain?
Bunga terus bersedih
Tatkala kumbang idamannya seakan tidak memahami kehendanya

Bunga semakin gusar..
Bimbang dirinya berjaya dimiliki kumbang yang lain
Dan kumbang idamannya bagai hilang dri pandangannya
Bunga inginkan kumbang idamannya menjaganya
dan bukan kumbang yang lain
Bunga ingin kumbang idamannya mencintainya
Bukan kumbang yang lain

Bunga tetap setia menanti kumbang idamannya
Namun dihati kecil bunga itu berbicara..
Sampai bilakah dia mampu bertahan
Bimbang andai dia terus berjaya dimiliki kumbang lain..
Sedangkan hatinya, jiwanya segalanya milik kumbang idamannya..

Wahai kumbang idamanku
Segeralah kau datang
Menyatakan perasaanmu
Agar bunga tidak terus ternanti jawapan
Agar bunga terus rasa selesa.. diri ini telah dimiliki
Kumbang idamannya..