Thursday, October 28, 2010

Terlenakah Aku Selama Ini

Hari ini aku bagai tersedar dari lena
aku bagai dikejutkan dengan hanya satu luahan...
Ya Allah...
Adakah selama ini aku yang alpa
Adakah seama ini aku yang tidak cuba mengerti
Adakah aku yang selama ini sengaja membatukan diri

Luluh hati ini tatkala kedengaran ayat itu
Sehingga membuatkan hati aku benar-benar kecewa...
Sehingga membuatkan hati ini kian berbicara

Apakah selama ini hanya aku yang terlena
Dalam mimpi yang aku ciptakan
Adakah selama ini aku yang berimpikan..
Impian yang hanya sekadar impian

Hari ini hati ini berbicara
Haruskah aku teruskan
Haruskah aku teruskan atau tunduk mengalah
Mengundurkan diri dari segala impian yang aku ciptakan

Akhirnya kata-kata itu terluah didepanku
Dan aku mula tersedar...
Tersedar bahawa....
Bahawa aku insan biasa...
Hadirku tatkala diperlukan

Hatinya, cintanya, kasihnya bukan milikku
Dan bukan aku...
Bukan aku..  Tapi... Dia...
Dan aku... ibarat teman
teman dimana saat perlu...

Apa yang ku berikan selama ini...
Bagai tiada erti dan tidak difahami..
Walaupun bagai aku,...
Segala yang berlaku... segala yang dilalui
Segala apa yang kulakukan bersama
Sesuatu yang aku hargai...
Sesuatu yang amat bererti
Sesuatu yang hadir dengan hati yang ikhlas

Namun... hari ini... semuanya terjawab...
Hati ini terus berbicara...
Haruskah aku mengalah?
Perlukah aku mengundurkan diri demi kebahagiaannya
Haruskah aku biarkan cinta ini pergi?
Haruskah aku kuburkan rasa cinta ini yang kuberikan untuknya
Haruskah aku lupakan perasaan yang memenuhi setiap ruang kosong hidupku
Haruskan aku padamkan api cinta yang kunyalakan
Haruskah aku padamkan wajah itu dari ingatan ini
Haruskah...Haruskahhhhhhhhhhhhhhhh

Adakah ini balasan kerana aku terlalu mengasihimu
Adakah ini balasan kerana terlalu menyintaimu
Adakah ini balasan kerana menyayangimu seikhlas hati?
Adakah ini balasan kerana aku tidak menyimpan rasa benci untukmu

Kenapa? Harus ini yang aku lalui...
Impian dulu pernah hancur...
Adakah impian ini akan hancur jua...

Ya Allah....
HAruskah ku mengundurkan diri dari Cinta yang aku berikan
Sungguh terlalu berat untuk melepaskannya pergi...
Tapi andai itu buat dia bahgia..
Aku mejadi rela..
Biarlah dia bahgia dengan pilihan hatinya..
Dan aku..... Biarlah.. aku pendam segalanya.

Awak... semoga awak bahgia dengan dia...
Saya tahu cinta awak untuk dia..
dan bukan untuk saya...
Saya rela undur dari.. andai itu buatkan awak bahgia..
Jangan risau.. walau saya terluka..
Takkan saya biar awak tahu bahawa hati saya terluka..
Biarlah hanya saya yang tahu..

Awak...
Saya doakan awak bahgia..
Moga awak akan dapat bertemu dengan dia semula...

Awak.... saya sayang sangat dekat awak..
Saya cinta sangat dekat awak..
Tapi... semua tu.. xda erti dekat awak...
jadi... baik saya pendam semuanya awak...
Awak pergilah pada orang yang benar2 awak cinta...
Pergilah pada orang yang awak kejar..
Biarlah saya teruka.. asal awak bahgia..
Maafkan saya awak...
Kerana menyesakkan awak selama ini..
Maafkan saya

Wednesday, October 27, 2010

Rindu sangat2

Tak tau macam mana nak cakap lagi
Rindu sangat-sangat dekat awak...
Tapi kalau saya gitau awak..
Awak wat biasa jer
Macam saya nie jer yang lebih-lebih

tak tau nak cakap apa lagi dah dekat awak
Dah habis luah dah awak..
Mungkin sekarang masa tuk saya bagi awak ruang
Bagi ruang untuk awak selesaikan urusan awak
Saya mengalah...
Tapi harap apa yang saya buat nie..
Awak hargai..
Jangan sampai suatu hari...
Semua ini mengecewakan saya...

Just for you sayang

Inikah Yang Harus Kuterima

Awak...
Inikah balasan yang harus saya terima kerana teralu mencintai awak?
Inikah balasan yang harus saya terima kerana terlalu menyayangi awak?
Inikah balasan yang harus saya terima kerana terlalu mengasihi awak?

Awak...
Dah dua malam... kita begini...
Perlukah saya beritahu puncanya?
Perlukah saya bertanya pada awak.. mengapa terjadi begini?

Dua malam... saya terima meseg yang sama dari awak...
Kenapa? Kenapa?

Kenapa disaat saya ada... 
Awak tak hiraukan saya?
Bila saya takda.. awak tercari-cari saya...

Awak..... saya nak sambung luahan saya
dekat awak... tapi.. saya takut nie...
Geramlah dengan awak...
Sakit sangat-sangat...
kalau awak depan mata saya..
Memang habis awak kene dengan saya..

Awak.. saya takut...
Tak tau napa... cam da sumting kat sini...
Awak saya nak out dulu...
Tak jadi saya nak tulis rasa sakit hati saya lagi..

..............................................................

tarikh: 27 Oktober 2010
Time: 1.40am

Tuesday, October 26, 2010

Cinta Yang Kini Aku Dambakan..

Apa yang kini aku inginkan. Cinta padaMu Ya Allah...
Sesungguhnya.. hanya padaMu aku berserah.. 
Hanya kau yang mengetahui akan yang terbaik buat hambaMu ini..

"Ya Allah kurniakan aku CintaMu, kurniakn aku cinta org yg cinta kepadaMu, 
kurniakan aku cinta apa sahaja yg menghampirkn aku kpd cinta Allah, 
semoga cinta Allah itu lebih aku dambakan daripada seteguk air"
Amin..


Kenapa Hidup Itu Sunyi

Kenapa hidup ini sentiasa sunyi
Biarpun Allah sentiasa ada.. dan sememangnya ada
Dan aku tidak akan merasa sendiri

Namun sendiri itu hanya pada kehidupan peribadi
Kenapa saat kesunyian selalu menghampiri hidup aku?
Kenapa kesunyian itu sentiasa menemani aku?
Sunyi itu mencipta satu keadaan kosong
Kosong dalam kehidupan ini
Keadaan dimana aku merasakan diri ini kosong
Bagai tiada apa

Ya... Sentiasa aku sibukkan diri dengan pekerjaan..
Ada sahaja yang ingin aku lakukan
Agar aku tidak merasa keseorangan
Namun akhirnya aku terjatuh sendiri
Bahawa sememangnya aku sendiri

Aku kini bagai tiada mengerti
Apakah yang aku inginkan sebenarnya
Aku bagai tidak memahami
Kehendak hati naluriku sebagai seorang gadis
Lantas aku terdiam...
Lantas aku menjadi pendiam..
Bicaraku kurang
Kata-kataku kurang

Adakah ini yang terbaik...
aku mengelamun sendiri
dan aku diam menyepi
memendam segala yang terbuku dihati..
biarlah hanya aku dan Allah yang mengerti
Akan apa yang terpendam dihati
Dan aku tahu..
Allah maha mengetahu akan segalanya yang diberikan kepadaku...
Amin..

Macam Mana Bolah Jadi Nie?

Hari nie belajar driving... tiba-tiba malas sahaja nak bangun...
Lantas aku capai handphone dan hantar SMS dekat pakcik..
"Pakcik, Hari nie belajar pukul 9 yer"... Jam baru nak pukul 8 masa aku hantar SMS..

Aku bangkit dari tilam dan capai towel dan nak pergi mandi..
Tetiba dengar bunyi hon kereta dari luar rumah.... Dalam hati tertanya-tanya.. Takkan pakcik dah sampai...
Aku menjengah di tingkap bilik... Sah pakcik tu datang...
Akujadi gelabah gila...

Dah tak mandi lagi nie... Tetiba hanphone berbunyi... Hu..hu.. Pakcik tu call...
Alamak....." Ko kat mana? Pakcik dah dekat luar nie..."

Kenapalah time kita tunggu dia datang lambat sangat-sangat.. BIla tak tunggu cepat pula dia datang..
Akhirnya aku sarung baju dan terus pergi tanpa mandi.. Cuma sempat cuci muka dan berus gigi sahaja..

Padahnya,... Di trek belajar.. Semua fail....  Semua gara-gara tak mandi....
Padan muker ko...
Balik dari drive terus mandi... huu...hu..
tobat taknak wat lagi...

Monday, October 25, 2010

Menyendiri Lagi

Dah 2 hari kita macam nie
Senyap... tak bicara banyak
Entahlah awak....
Awak dengan tugasan awak..
Saya dengan kerja saya..
Masing-masing ada kerja yang diuruskan

Saya tak tahu nak cakap macam mana lagi
Saya rindu sangat dengan awak
Rasa setiap saat nak meceg dengan awak
Rasa nak berbual dengan awak jer
Tapi tak boleh...
Nanti awak bosan dengan saya

Saya letih.... balik dari kerja..
Kadang-kadang tunggu meceg dari awak takder..
Saya pun meceg awak...
Pas2 awak senyap....
Emmm.... Manalah awak pergi...
Takperlah... Awak letih agaknya
Cian Awak...

Cian dekat awak....
Hari2 takda mood..
Ingin sekali saya kembalikan mood awak.
Tapi macam mana yer..
Saya takut...
Bila awak takde mood..
Saya nak meceg awakpun takut
Saya takut awak marah saya....
Dalam hati jadi serba salah...

Bila awak tengah marah...
Ingin sekali saya redakan kemarahan awak..
Tapi saya takut..
Saya takut awak akan marah pada saya juga..
Apalagi yang boleh saya buat...

Nak tak nak..
Terpaksa saya bersendiri seketika..

Susahnya nak menjaga hati awak...
Ya Allah... Lembutkanlah hatinya..
Permudahkanlah segala jalan yang dia lalui..
Amin...

Sunday, October 24, 2010

Bulan-bulan berlalu

Dah hampir 9 bulan kita start kenal...
Dan dah 6 bulan kita jadi rapat... sangat-sangat...
Teringat saya masa mula-mula jumpa...
Tak pernah terfikirpun kita akan jadi rapat..
Awak pun ada terfikir macam saya tak?
Kenapa kita boleh jadi rapat yer?

Rindu sangat-sangat masa awak ada dekat dengan saya..
Sekarang awak dah jauh..
Jauh sangat-sangat...
Dulu perasaan saya dekat awak cikit jer..
Tapi sekarang.. dan banyak...
banyak sangat-sangat
Dulu cetek jer..
Tapi sekarang bertambah dalam..
Awak tau tak?
Emmm mesti awak tak tau kan?

Dah lama kite kenal kan..
Tapi kenapa saya jer yang ader perasaan dekat awak yer?
Agaknyer saya yang terover kut?
Emmm aper-aper jer lah awak...
Nak wat aper saya tipu kan?
Dosa nipu nie...
Kalau betul kite cakaplah kan?

Emmmm.....
Hari-hari fikir pasal awak..
sebab sekarang awak jer yang duk dalam hidup saya
sesekali ader gak tingat dekat kenangan lama..
Tapi,.. sib baik awak ader...

Awak....
Awak....
Saya sayang sangat dekat awak..
Cinta sangat dekat awak...
Napa yer?
Saya suka cara awak...
GUrauan awak.
Ego awak...
Moody awak..

Emmm... Nampak comellah...
Berani awak tinggal saya.. n marah saya..
Tarik pipi awak sampai merah...
Padan muke awak..

Awak...
dah malam dah nie...
nak tidurlah...
Awakpun dah tido..
Sian awak.. awak pening kepala yer..
Awak rehat yer...
Sayang awak..
Selamat malam awak..

Friday, October 22, 2010

Rindu Semalam...

Ya Allah....
Kenapa kau kembalikan ingatan itu pada hambaMu ini
Kenapa dikala aku kesunyian ini.. kau hadirkan rasa rindu yang telah berlalu
Kenapa dikala aku kesepian ini... kau layangkan memori itu
Kenapa kau hamparkan wajahnya kembali diingatan ini

Ya Allah...
 Impian lalu yang musnah.... makin menyiksa diri ini
Kenapa kesedihan itu kembali menjengah hidup ini lagi
Kenapa rindu itu muncul kembali
Kenapa air mata ini mengalir kembali

Ya Allah...
Sesungguhnya kau lebih mengerti apa yang kami lalui
Sesungguhnya kau mengetahui
Apa yang pernah kami impi
sesungguhnya kau menjadi saksi cinta yang terbina

Dan sesungguhnya... kau juga menjadi saksi...
Perpisahan itu terjadi

Ya Allah...
Sampai bila harus aku menanggung semua ini
Apakah dia juga merasai apa yang aku rasai kini
Apakah dia juga turt menagisi apa yang musnah ini
Adakah dia juga turut menangisi akan pengorbanan yang kami berdua lakukan ini

Ya Allah
Hanya padaMu tempat aku mengadu
Hanya padaMU aku menatapkan kesedihan ini
Hanya padaMu aku bermohon segala ketenangan diri
Hanya padaMu aku mengharapkan segalanya

Ya Allah...
 Andai kau masih mengizinkan kami kembali bersatu
Temukanlah kami semula.... dengan keadaan yang lebih baik
dan andainya memang sudah tiada keizinanMu
Kau lenyapkanlah perasaan yang masih berbaki dalam diri ini
Temukanlah aku dengan lelaki yang benar-benar baik untuk aku
Satukan aku dengan lelaki itu agar aku bisa melupakan dirinya
Ikatkan aku dengan lelaki itu agar aku hanya berperasaan padanya
Dan tiada lagi memori lama..

Ya Allah..
Hanya padaMu aku berserah.
Sesungguhnya kau yang lebih maha mengetahui..

Wednesday, October 20, 2010

Sayu....

bilalah masanya dapat pergi tempat yang tinggi
rasa nak jerit kuat-kuat..
dan nak lepaskan segalanya yang terpendam dihati
agar aku bisa merasa lega
tanpa adanya rasa yang tidak pernah terucap
kata yang tak pernah terluah

aku cukup kuat memegang pada apa yang aku letakkan
aku cukup tegas pada apa yang aku impikan
dan aku cukup setia pada apa yang aku teraskan..

namun ... mungkinkah apa yang aku pegang akan terlepas
namun adakah impian yang aku letak... hanya sekadar impian semata
dan adakah kesetian yang aku letak hanya pada sesuatu yang tiada ertinya

Aku bagaikan telah lali dengan apa yang aku alami
Tatkala sendiri... pelbagai peristiwa lama datang ,menerjah
lantas aku teringat pada semuanya
bagai berlumba-lumba menerjah kekotak fikiranku
kutepis-dan kuhalang...
namun... ada jua yang bisa masuk menembusi

tatkala kesunyian... hati menjadi sayu
lantas tak tertahan... bergenang akan manik-manik air 
dikelopak mata...
cuba ditahan.. latas jatuh jua bercucuran...

namun hati itu tetap tabah...
namun hati itu cukup sabar..
sabar akan segala yang dilalui
sabar dengan apa ketentuan ilahi
kerna hati itu percaya...
akan adanya hikmah atas segala yang diterima
moga akan ada cahaya menanti dihujung sana
berkat kesabaran hati nya yang ikhlas akan apa yang dirasa
tetap setia dan sabar menanti..
akan adanya bahgia.. yang bakal tercipta..
insyaallah

Biarkan Ia Pergi

ingin kulerai akan semua yang tersoal
agar aku bisa berdiri
berdiri dengan tanpa adanya resah
dengan tanpa adanya ragu

bagai hati yang sering berbisik..
bertanyakan seribu persoalan
lidah kian kelu untuk berbicara
bicara apa yang bisa terucap
andai kata tidak terungkap
andai mulut tidak terbuka
andai hati enggan berbicara

minda...
tidak henti berfikir
bertanya, menanya, tertanya dan ditanya
Apakah, haruskah, perlukah, sampai bilakah
minda itu letih...
letih untuk berfikir
letih untuk menjawab

perasan....
perasaan sering menghadirkan rasa
rasa kian semakin menambah perasa
namun adakah perasanya sama
adakah perasanya manis
adakah perasanya masam
sedih, sakit.... 
perasaan itu sering hadir..
rasa cinta
rasa kasih
rasa sayang
rasa benci
rasa dendam...
mungkinkah.. perasaan bisa berkata2

perasaan sering berselidung
bimbang bila terucap
bimbang bila ternampak
bimbang bila terluah...
akan hadir rasa luka
akan hadir rasa sedih
akan hadir rasa derita
lantas perasaan itu terpendam...

pendam itu menjadi derita
pendam itu menambah sengsara..
emmm... uniknya kamu itu perasaan
sukar untuk difahami..

namun perasaan ini bisa terpendam..
andai terluah.. tiada yang mengerti
biar ia terpendam..
dengan perasaan dan rasa yang tidak difahami
dan... membiarkan
biarkan... ia pergi...
pergi dari diri ini.. andai ia tidak pernah terhargai
rasa itu,
kasih itu
cinta itu
sayang itu...
mungkinkah akan pergi dari diri..
andai ia tak terhargai...



Tuesday, October 19, 2010

Kenapa????

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung".
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 87

break it again

terima kasih ....
awak sakitkan hati saya lagi...
why? when you have problem...
i will be your victim?

sampai hati awak...
kenapa awak?
awak ...
saya minta awak share dengan saya...
susah ker...
saya care tentang awak..
ambil berat tentang awak.. sagat2
tapi ini yang awak bagi dekat saya...

memang saya bukan kekasih awak...
buat apa untuk saya ambil berat sangat tentang awak!
buat apa saya yang duk disisi awak selalu?

awak tahu saya tak suka kata-kata kasar awak tu
tapi kenapa awak buat lagi?

awak tak tahu..
betapa sayangnya saya pada awak
sampai hari ini..
biarpun awak tak balas cinta saya pada awak..
masih lagi saya ada disisi awak..

tapi kenapa awak..
saya bukan tak faham awak. masalah awak..
saya cuma nak tahu..'sekurang-kurangnya awak ada tempat untuk mengadu..
saya bukan merajuk...
tapi bila kata2 awak menyakitkan saya..
saya terasa

kalau lah saya tidak punyai kesabaran terhadap awak..
dah lama saya pergi tinggalkan awak..
tapi.. awak tak nampak semua tu...

Adakah kehadiran saya dalam hidup awak menyusahkan awak...
cakaplah awak..
Selamanie awak mintak jangan bicara soal hati dan perasan...
soal cinta...
saya ikut sahaja kehendak awak.
saya  pendam semuanya

entahlah awak..
mungkin dah nasib saya macam nie...
saya serah pasa allah..swt
apapun awak...
selagi masih ada keizinan Allah..
untuk saya tetap berada disisi awak
selagi itu awka akan rasa saya ada
jika tiada sudah...
usah sesali apa yang terjadi...
cukuplah awka tahu..
saya amat menyayangi dan mencintai awak..
biarpun... hanya saya yang punyi perasaan itu
dan awka tidak..

Rahsia dihati ini... tak siapa yang tahu...

Sunday, October 17, 2010

Memori Semalam Kembali Lagi

Tarikh: 17 Oktober 2010
Masa: 12:12:33 AM

Malam ini memori itu muncul kembali
Tiba-tiba aku menjadi rindu
Rindu pada seseorang yang pernah bertamu dihati ini…
Insan pertama yang memiliki segalanya..
Kenangan bersamanya terlalu banyak
Suka duka aku bersamanya
Tawa dan tangis aku berdua dengannya
Jerit payah, susah senang aku bersamanya
Jatuh bangun aku bersama dia

Andai masa bisa diundur kembali…
Ingin aku corak kembali kehidupan itu..
Agar menjadi lebih baik dari sebelumnya

Sungguhpun tersiksa dengan kata-kata dan perlakuan dia..
Namun kutahu…
Dia ikhlas kepadaku
Ikhlas mencintai aku seadanya
Menyayangi aku sepenuh jiwa raganya
Mencintai aku.. seumur hidupnya
Menyanjung aku setinggi-tingginya

Kami melakar impian begitu tinggi
Satu..persatu… semuanya musnah..
Apakah aku puncanya?
Apakah dia puncanya?
Apakah orang lain puncanya?

Ingin sekali kugapai telefonku..
Ingin sahaja kudail nombornya
Namun semuanya tidak bermakna lagi..
Dunia kita kian berbeza

Kita terpisah demi insan lain
Kita terpaksa berkorban demi kebahagiaan insan lain
Kita memilih jalan.. agar semuanya tenang
Kita berdiam diri demi menjaga hati insan lain..

Kaulah satu-satunya insan yang memiliki segalanya yang aku ada
Kau lah insan pertama yang memiliki cinta aku sebenarnya
Entah megapa aku terlalu rindukan dirimu
Air mata ini terusan mengalir mengenangkan segalanya..

Masih lagi kuteringat.. tatkala air mata ini membasahi pipi
Kau seka air mataku dari jatuh kebumi..
Saat aku jatuh tak berdaya…
Kau hulurkan tanganmu dengan penuh senyuman
Saat aku keseorangan
Kau datang menemani aku
Saat aku penuh persoalan
Kau jawab segala pertanyaanku

Impian indah kita hancur. Begitu sahaja..
Masih boleh kita kecapi lagi..
Namun…. Segalanya tiada restu…

Saat aku perlukan teman… siapa yang sudi temani aku
Saat aku kesunyian .. siapa lagi yang sudi menghiburkan..
Saat air mata ini menitis.. siapa yang sudi menyekanya..
Saat hati ini terluka.. siapa yang sudi merawatnya..
Tiada…. Tiada.. Tiada…

Tidak mungkin aku berjumpa lagi dengan insan seperti dirimu..
Biarpun apa orang kata tentang kau, tentang kita..
Namun …. Hanya kita berdua dan Allah swt yang tahu…
Landasnya hubungan yang pernah kita jalin bersama..
Atas dasar apakah hubungan kita dahulu..

Ya Allah…. Andai benar cinta yang pernah terjalin suatu ketika dahulu cinta yang sejati… mekarkanlah ia dihati aku…. Andai cinta itu hanya sekadar mainan… biarlah ia berkubur dihati aku selamanya…

Abang…. Terima kasih kerana pernah membahagiakan Ayang… Memang ayang terkilan dengan impian dan cinta yang terjalin terputus disaat hampirnya kita menjadi satu… Memang hati ini terluka dan ayang tahu begitu juga abang… Namun apa daya kita… bukan kehendak kita… keadaan memaksa.. Namun abang pasti tahu… sedalam mana cinta ayang pada abang, sebaik mana layanan ayang pada abang, sejujur mana ayang pada abang, kesetiaan ayang pada abang…
Abang… segala pesan abang pada ayang… ayang akan pegang sampai bila-bila.. nasihat dan apa yang abang berikan pada ayang.. akan ayang jaga.. takkan ayang lupa apa yang abang berikan pada ayang… Terima kasih… abang… Sesungguhnya sehingga kini… ayang masih lagi sendiri… tidak dimiliki sesiapa lagi… dan.. mungkinkah ditakdirkan untuk ayang kecewa lagi…

Friday, October 15, 2010

Workdays

Date: 15 Oktober 2010, friday
Time: 00.27am

Emmm letih betul kerja tadi.. tak terkejar dibuatnya bla sorang-sorang...Mana satu nak capai pun tak tahu...
Belakang sibuk tanya barang. depan sibuk suruh ambil barang. kunter sibuk suh masuk barang...
Tangan saya dua jer.... saya pun sorang jer.. tak terkejar... sbar ek....

Ada sorang makcik tu.. duk kata aku berangan... hu..hu.. tak lah makcik... saya bukan berangan.. tak perasan.. sebab tu keropok makcik terjatuh.. hu..hu.. Siap leh kata pulak... belum kawin lagi dah duk berangan... nama saper nie.. anak makcik ada... makcik orang Muar nie... boleh masuk minang tak nie? tinggal mana... 

eh..eh.. makcik nie.. macam polis lah pulak.. kite tengah sibuk nie.... sempat duk gurau... he..he..masuk minang yer.... Buleh.. silekan.. saye single lagi nie... tengah cari calon.... (gatal ek.. ko nie...) Bukan gatallah.... he...he... 

Pagi tadi.. tahap ketensionnan memang tinggi... kesabarn betul dibuatnya.. kenapalah hari2 kene menunggu.... susah betul... kalau jadi cakap jer jadi.. tak usah buat saya ternanti... kalau tak jadi kata tak jadi... senang saya wat keje sendiri.... nie habis masa dok bazir nunggu dia... Ingat saya takder kerja lain nak buat ker? 

huh...huh.... harap2 esok tak macam tu... letih yang amat..... Cepat dapat lesen.. cepat dapat kerja.. cepat juga aku mulakan hidup baru... atur kehidupan baru... jadi orang baru.. dengan hidup yang baru.... Insyaallah...

Wednesday, October 13, 2010

Haruskah

Malam ini... aku masih terngiang-ngiang lagi setiap bait-bait kata dia.
aku fikirkan kembali setiap kata-kata itu...

" Bukalah mata awak tu... Buat apa perigi cari timba... Ibarat awak nie macam terhegeh-hegeh.. Kalau betul dia betul-betul suka dan cintakan awak.. kenapa sampai sekarang status awak masih single lagi? Kenapa dia masih diam lagi? Sedarlah awak.... Awak dah besar.. dah boleh fikir mana yang baik dan mana yang buruk... Awak sekolah bukan rendah pun..."

"Awak... memang saya kecewa sebab awak tak pilih saya.. apa kurangnya sya berbanding dia? kalau awak nak tungu dia.. awak tunggulah.... awak pun kata jodoh tu dtang dari Allah... Awak tunggulah jodoh tu turun dari langit.. sampai depan mata awak.. Tunggulah dia... Saya nak tengok sampai bail awak boleh tunggu dia... Tunggulah!!!!"

Walaupun hati aku sakit mendengar setiap bait-bait kata dia..yang tak mampu aku tuliskan disini lagi... Terasa pedih ayat yang dia lemparkan pada aku.

"Awak ingat.. awak penyebab saya jadi macam nie.... "

Kenapa dia nak persalahkan aku? dah acapkali aku katakan pada dia tentang perasaan aku.... dan dah banyak kali aku katakan usah menunggu aku dan usah menaruh harapan pada aku... Kerna aku seorang yang setia dan tak mudah untuk aku berpaling dari cinta yang aku beri....

lantas aku terfikir kembali.... Aku bukan lalang yang bisa goyah apabila ditiup angin.. Bisa beralih arah mengikut arah angin... Namun hati aku terusik dengan kata-kata dia....

Ya... memang benar... selama ini aku yang hanya sendiri meluahkan perasaan tanpa ada rasa malu... Aku yang sendiri berperasaan sedangkan sedikitpun dia tidak pernah meluahkan... ya .... ibarat aku yang terhegeh-hegeh menagih cinta..... Ya Allah.... Inikah diriku yang sebenarnya?

Ya Allah..... mampukah aku bertahan dengan perasaan cinta ini.... haruskah aku meneruskan rasa cinta ini.... haruskah aku terus menunggunya? haruskah aku terus disamping dia....

Ya Allah... Adakah hanya aku yang bertepuk sebelah tangan? Ya Allah... adakah dia tidak punyai rasa cinta sedikitpun padaku? Adakah aku yang terlalu meletak harapan pada dia?

Ya Allah.... Andai dia tidak pernah merasa rasa cinta yang aku berikan...kau berikanlah dia merasa cinta yang aku berikan... andai dia tidak bisa melihat perasaan kasihku padanya.. kau terangkanlah penglihatannya agar dia bisa melijat akan kasih sayang ku.. Andai dia tidak bisa membuka intu hatinya untuk aku,.. kau bukankan pintu hatinya untuk menerima ku.. Andai dia tidak merasa bahgia.. kau izinkan dia merasa bahgia tatkala hidup bersamaku...

Ya Allah.... jika aku diberi peluang untuk mencintainya... biarlah cinta ini kekal dihatiku untuknya... Jika cinta itu gugur disebabkan dia, aku redha... biarlah cinta itu terkubur buat selama-lamanya...

Tuesday, October 12, 2010

Down....

i'M sO sAD tODAY!!!!!!

ReaLLy SaD!!!!!

DoWn!!!!!

Pedihnya tersa dihati..

Tarikh: 10/11/2010
Masa: 11:39:36 PM

Hari ini hari yang amat perit dan pedih
Kata-kata yang diucapkan benar-benar mengguris hati ini
Walaupun setiap bait kata dia betul…
Namun hati ini terasa pedih mendengarnya
Terkedu aku seketika tanpa bicara
Tanpa kata, tanpa suara…
Pandangan ini bagai berkaca
Hati ini bagai luluh
Jantung ini pedih sekali
Benarkah aku tidak punya perasaan
Benarkah aku ini mempermainkan perasaan orang
Apakah aku ini ibarat perigi mencari timba
Salahkah aku mencintai seseorang?
Salahkah aku menolak cinta seseorang yang dimana aku tiada punya perasaan padanya?
Adakah aku memperbodohkan dia?
Perit sekali mendengar setiap tutur katanya
Air mata ini tak bisa ditahan lagi..
Hanya Allah Swt yang bisa mengerti perasaan ini.
Pedih hati yang tak dapat ditanggung lagi

Ya Allah apakah salah yang telah kulakukan
Inikah takdir yang kau tentukan untuk aku
Apakah ini dugaan yang kau berikan padaku
Kau tabahkan hatiku
Kuatkan imanku dalam mengharungi setiap dugaanMu Ya Allah
Hanya padaMu aku berserah

Geram Dengan Awak Lagi!!!!

Date: 10/11/2010
Masa: 12:39:59 PM

Awak buat saya sedih, marah, sakit hati…
Awak lupa segalanya tentang kita
Hanya saya yang ingat semua tu
Sedangkan awak tidak
Patutlah hanya saya sahaja
Yang benar-benar serius pada hubungan kita
Hanya saya yang masih berpegang pada hubungan yang terjalin antara kita

Saban hari alasan yang awak bagi pada saya sama sahaja
Alasan sibuk belajar
Serabut dengan masalah belajar awak
Masalah projek awak
Masalah kawan awak….
Masalah mood awak
Hari-hari itu yang awak bagitau saya…
Setiap kali awak temui kebuntuan
Awak akan mula marah..
Kata takda mood..
Tengah sibuk study..
Minta saya faham keadaan awak..
Adakah hanya saya yang perlu faham awak?
Sedangkan awak tak perlu faham saya?

Maaf saya lupa… saya hanya teman awak sahaja..
Not your special one…
But I still remember… before you said I’m important in your life..
You don’t wanna miss me
You want me to be by yourside..
But now?????? You think it by your self..
Don’t give to much accuse to me…
Banyak sangat alasan awak…


Saya faham sekarang awak…
Siapa saya pada awak..
Jika orang lain yang berada ditempat saya
Mereka akan fikir juga seperti saya
Malah lagi teruk lagi mereka fikir

Tak apalah kalau awak tak ingat
Saya pun takkan paksa untuk awak ingat semuanya
Sebab memang awak tak ingat pun…. NO!!!!!
Hate you so much!!!!!
Makin saya cakap makin sakit hati saya dibuatnya
Mengalah sahajalah….
Sampai bila… tak tau..
Tengoklah sedaya mana saya boleh bertahan

Awak tumpulah pada pelajaran awak
Saya pun taknak jadi penyebab
Tak apalah awak…
Lupakan sahaja lah…
Lagipun bagi awak tak penting…
Belajar rajin-rajin ye..

Monday, October 11, 2010

Hate You!

Tarikh: 10/10/2010
Masa: 12:43:15 AM

Saya minta maaf awak…
Sebab bazirkan masa awak..
Betullah masa awak tu emas..
Awak tak suka bazir waktu dengan perkara macam nie.
Masa awak saja lah yang emas..
Habis masa saya nie tak?
You pentingkan diri sendiri..
I bukan nak mengungkit k….
Don’t you think…
How long I wait you to reply any single message that I sent to you?
Hate you so much!!!

Entahlah

Tarikh: 10/8/2010
Masa: 11:59:55 AM

Tak tahu kenapa hati aku jadi semakin sakit dengan kerenah manusia nie. Semakin hari tahap kesabaran aku semakin tidak dapat dikawal. Hati aku semakin lama semakin terluka. Kenapa mesti semua ini terjadi kepada aku. Tiadakah ruang untuk aku rasa bahgia seketika?

Saban hari aku menahan kesabaran melayan kerenah dia dan sikap dia. Sikap dia pada aku semakin berubah. Aku mula lihat perangai dia sekarang. Nyata sekali berubah tak seperti awal-awal kenal dulu. Kenapa dia berubah begitu sekali? Sedangkan aku tak pernah merubah sikap aku terhadap dia. Ada sahaja kernah dia yang menyakitkan hati aku.

Sedaya upaya aku cuba memahami dia. Sedaya upaya aku memahami keadaan dia. Sedaya upaya aku memahami kehendak dia. Sedaya upaya aku mengerti setiap kesusahan dia. Sedaya upaya aku mengerti setiap masa yang dia ada.

Setiap kali itu juga aku mengumpul kesabaran. Namun sedikitpun kau tak mengerti. Entahlah awak…. Sampai bila saya mampu bersabar dengan awak. Awak dah banyak berubah.. sama sekali berubah… semua yang manis dahulu dengan awak bagai hilang… saat awak perlu saya, awak baik dengan saya, keluar kata-kata manis dari mulut awak. Tapi bila ada sahaja yang 6ak kene. Awak mula berubah. Ada sahaja yang tak kena dengan saya.

Mula awak tunjukkan ketidak selesaan awak. Mula awak nak marah… Saya pula yang jadi mangsa. Kadang-kadang saya pula yang awak salahkan. Kenapa? Dulu, bila saya terabaikan awak, awak marah saya. Awak kata saya abaikan awak, nak lari dari awak. Pentingkan orang lain dari awak. Awak nak jadi orang nombor satu dalam fikiran saya. Awak nak jadi orang yang paling penting dalam hidup saya. Awak nak segala-galanya.

Tapi bilamana semuanya ada, awak jadi berubah. Sangat-sangat berubah. Mungkin saya tak penting dalam hidup awak. Sebab itu awak endah tak endah dengan saya. Langsung awak tak memahami saya. Kenapa awak? Apa salah saya dekat awak? Saya ada sakitkan hati awak ker?

Bagi awak mungkin ini perkara biasa bagi awak. Awak… awak tumpulah perhatian pada apa yang awak rasa awak nak buat. Sebab saya tak pernah sekali menghalang kehendak dan keinginan awak. tak pernah sekali saya mengongkong kehidupan awak. Lagipun antara kita tiada apa-apa ikatan yang membolehkan saya berbuat sedemikian. Saya bukan kawan awak.. Saya bukan kekasih awak… Saya hanya teman awak.. Teman yang hadir tatkala awak perlukan.
Pernah sekali awak kata… Awak tak dapat mencuri semua memori saya… sebab awka baru kenal saya… Tapi.. sekarang segala memori saya awak dah ambil… Hidup saya awak dah ambil… Hati saya awak dah curi… Kasih saya awak dah terima.. Cinta saya untuk awak.. Diri saya.. dah pun awak miliki..

Awak… Saya akan terus tunggu.. sampai bila.. Hanya Allah yang menentukan segalanya.. Saya sentiasa mendoakan kebahagiaan awak biarpun saya jauh disini. Dan awak akan terus jadi yang pertama dalam hidup saya… Sampai bila? Sampai dengan IzinNya… Cukuplah awak ketahui bahawa… saya menyayangi awak sepenuh hati saya…

Are You In Love With Someone?

Are You In Love With Someone?

When you are together, with that special someone. You pretend to ignore that person. But when that special someone is not around. You might look around to fins them. At that moment, you are in love

Although there is someone else who always makes you laugh. Your eyes and attention might go only to that special someone. Then, you are in love

Although that special someone was supposed to have called you long back, to let you know of their save arrival. Your phone is quiet; you are desperately waiting for the call. At that moment, you are in love

When your phone doesn’t ringing for call and message, your heart and mind started thinking. Then you start message or call that special someone to ask, then you are in love

If you are much more excited for one short email from that special someone than other many long emails, you are in love

When you find yourself as one who cannot erase all the messages in your answering machine, because of one message from that special someone. You are in love

When you get a couple tickets, you would not hesitate to think of that special someone. Then, you are in love

You keep telling yourself. That special someone is just a friend, but you realize that you cannot avoid that person’s special attraction. At that moment, you are in love

While you are reading this poems. If someone appears in your mind. Then you are in love with that person

When I read this, you appear in my mind… only you…far from me but nearest in my heart

Saturday, October 2, 2010

Bad Day Today

Kenapalah hari nie malang sangat2. Dah lah mimpi yang menakutkan..
Pergi driving pun banyak sangat kesalahan dilakukan berbanding last day blajar..
So sad... Memang tension yang amat...
Kenapalah macam nie yer...
Fikiran bercelaru... memang tak boleh tumpukan perhatian.

Tadi masa kerja, seorang pakcik tu dah buat saya betul-betul rasa kecil hati..
"Lembab Sangat" What mean by lembab sangat? Nasib baik saya nie lembut lagi
Kalau tak memang kene pakcik nie.. Masih ada rasa hormat saya lagi.
Don't you see i'm doing my job! I'm too tired k,
Saya sedekah Al-Fatihah tuk pakcik....
Harap pakcik tak sewenang-wenangnye cakap orang macam tu yer...
Aminnn....
(Tapi hati masih terasa lagi)

Esok ada praktikal motor... Harap-harap semuanya berjalan lancar..
Dan esok pula cuti.. Alhamdulillah... Harap dapat rehat yang cukup...

And....you...
I miss you so much...When will we see again..
Will you miss me... as what i feel on you?
I don't know what you're doing there
And if i could see you,
And i will tell you... how much i love you
But i can't..
I don't wanna burden you with my feeling
let keep it secret... even i've tell you before..
I miss you so much honey...