Tuesday, October 26, 2010

Kenapa Hidup Itu Sunyi

Kenapa hidup ini sentiasa sunyi
Biarpun Allah sentiasa ada.. dan sememangnya ada
Dan aku tidak akan merasa sendiri

Namun sendiri itu hanya pada kehidupan peribadi
Kenapa saat kesunyian selalu menghampiri hidup aku?
Kenapa kesunyian itu sentiasa menemani aku?
Sunyi itu mencipta satu keadaan kosong
Kosong dalam kehidupan ini
Keadaan dimana aku merasakan diri ini kosong
Bagai tiada apa

Ya... Sentiasa aku sibukkan diri dengan pekerjaan..
Ada sahaja yang ingin aku lakukan
Agar aku tidak merasa keseorangan
Namun akhirnya aku terjatuh sendiri
Bahawa sememangnya aku sendiri

Aku kini bagai tiada mengerti
Apakah yang aku inginkan sebenarnya
Aku bagai tidak memahami
Kehendak hati naluriku sebagai seorang gadis
Lantas aku terdiam...
Lantas aku menjadi pendiam..
Bicaraku kurang
Kata-kataku kurang

Adakah ini yang terbaik...
aku mengelamun sendiri
dan aku diam menyepi
memendam segala yang terbuku dihati..
biarlah hanya aku dan Allah yang mengerti
Akan apa yang terpendam dihati
Dan aku tahu..
Allah maha mengetahu akan segalanya yang diberikan kepadaku...
Amin..

No comments:

Post a Comment