Monday, October 11, 2010

Entahlah

Tarikh: 10/8/2010
Masa: 11:59:55 AM

Tak tahu kenapa hati aku jadi semakin sakit dengan kerenah manusia nie. Semakin hari tahap kesabaran aku semakin tidak dapat dikawal. Hati aku semakin lama semakin terluka. Kenapa mesti semua ini terjadi kepada aku. Tiadakah ruang untuk aku rasa bahgia seketika?

Saban hari aku menahan kesabaran melayan kerenah dia dan sikap dia. Sikap dia pada aku semakin berubah. Aku mula lihat perangai dia sekarang. Nyata sekali berubah tak seperti awal-awal kenal dulu. Kenapa dia berubah begitu sekali? Sedangkan aku tak pernah merubah sikap aku terhadap dia. Ada sahaja kernah dia yang menyakitkan hati aku.

Sedaya upaya aku cuba memahami dia. Sedaya upaya aku memahami keadaan dia. Sedaya upaya aku memahami kehendak dia. Sedaya upaya aku mengerti setiap kesusahan dia. Sedaya upaya aku mengerti setiap masa yang dia ada.

Setiap kali itu juga aku mengumpul kesabaran. Namun sedikitpun kau tak mengerti. Entahlah awak…. Sampai bila saya mampu bersabar dengan awak. Awak dah banyak berubah.. sama sekali berubah… semua yang manis dahulu dengan awak bagai hilang… saat awak perlu saya, awak baik dengan saya, keluar kata-kata manis dari mulut awak. Tapi bila ada sahaja yang 6ak kene. Awak mula berubah. Ada sahaja yang tak kena dengan saya.

Mula awak tunjukkan ketidak selesaan awak. Mula awak nak marah… Saya pula yang jadi mangsa. Kadang-kadang saya pula yang awak salahkan. Kenapa? Dulu, bila saya terabaikan awak, awak marah saya. Awak kata saya abaikan awak, nak lari dari awak. Pentingkan orang lain dari awak. Awak nak jadi orang nombor satu dalam fikiran saya. Awak nak jadi orang yang paling penting dalam hidup saya. Awak nak segala-galanya.

Tapi bilamana semuanya ada, awak jadi berubah. Sangat-sangat berubah. Mungkin saya tak penting dalam hidup awak. Sebab itu awak endah tak endah dengan saya. Langsung awak tak memahami saya. Kenapa awak? Apa salah saya dekat awak? Saya ada sakitkan hati awak ker?

Bagi awak mungkin ini perkara biasa bagi awak. Awak… awak tumpulah perhatian pada apa yang awak rasa awak nak buat. Sebab saya tak pernah sekali menghalang kehendak dan keinginan awak. tak pernah sekali saya mengongkong kehidupan awak. Lagipun antara kita tiada apa-apa ikatan yang membolehkan saya berbuat sedemikian. Saya bukan kawan awak.. Saya bukan kekasih awak… Saya hanya teman awak.. Teman yang hadir tatkala awak perlukan.
Pernah sekali awak kata… Awak tak dapat mencuri semua memori saya… sebab awka baru kenal saya… Tapi.. sekarang segala memori saya awak dah ambil… Hidup saya awak dah ambil… Hati saya awak dah curi… Kasih saya awak dah terima.. Cinta saya untuk awak.. Diri saya.. dah pun awak miliki..

Awak… Saya akan terus tunggu.. sampai bila.. Hanya Allah yang menentukan segalanya.. Saya sentiasa mendoakan kebahagiaan awak biarpun saya jauh disini. Dan awak akan terus jadi yang pertama dalam hidup saya… Sampai bila? Sampai dengan IzinNya… Cukuplah awak ketahui bahawa… saya menyayangi awak sepenuh hati saya…

No comments:

Post a Comment