Setiap manusia yang berpasang-pasang
Pasti merasakan kehangatan cinta
Kerana cinta segalanya bagai indah
Sedangkan tak semua cinta itu indah
Tak semua cinta itu menjanjikan kebahgiaan buat kita
dan tak semestinya cintaitu
Bisa dimiliki
Kerna terlalu mencintai pasangan
Segalanya tiada penting melainkan dia
Dan apabila cinta itu hilang..
Hilangnya keyakinan diri
Kerna cinta dibawa pergi
Patahnya semangat diri apabila cinta itu hilang sekelip mata
Sedangkan apabila cinta itu hilang
Ia bisa hadir kembali
Namun hati menutup segala
Rasa takut mula menyelubungi diri
Keyakinan dan kepercayaan pada cinta mula hilang
Takut akan kenangan lalu
Takut pada bayangan sendiri
Sedangkan sendiri tidak pernah mencuba.
Kegagalan itu tidak semestinya kita harus berpatah arah
Pasti ada yang baik menanti kita
Dan....
Cinta aku....
Pernah hilang... tatkala musnahnya impian dibina...
Dan pernah aku mengatakan bahawa tiada cinta lagi
Namun ia hadir juga dengan IzinNya
Dan aku menyintainya dari jauh..
Biarpun dia tidak mampu mengerti..
Berat dugaan yang aku lalui
Namun tidak pernah mematahkan semangatku
Sehabis daya aku pertahankan perasaan ini
Sehingga dengan izin Allah yang Maha Kuasa
Cinta yang luhur itu lahir tanpa disedari
Lahir secara tiba-tiba tanpa disedari
Dan akhirnya baru terucap dibibir
dan terlaku oleh perbuatan
Dan cintaku lahir secara diam tanpa sedar..
Dan apabila sedar.. aku tak mampu menolaknya sehingga kini
No comments:
Post a Comment