Tarikh: 9/23/2010 11:31:24 PM
Hari ini 23 september 2010, dan hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran dia. Semalam, aku tidak sabar untuk menunggu detik 12 semata-mata untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahunnya yang ke-22. Dan disaat itu juga fikiran ini berkecamuk dengan panggilan daripada teman lelakiku. Kenapa semua itu berlaku serentak. Aku teringin sangat untuk menghubungi dia, tapi tentu dia sedang berseronok dengan rakan-rakannya. Sms yang kuhantar bagai jawab dengan tidak. Tak mengapa mungkin dia sibuk. Aku menyabar dan menenangkan hati.
Akhirnya aku tertidur sediri…
Malam ini aku terlalu letih… Ingin sekali aku mendengar suaranya, berbual dengannya agar letih penatku bekerja hilang. Biarpun tidak mendengar suaranya cukuplah dia membalas sms denganku… Namun aku masih lagi hampa. Tiada balasan darinya. Tanpa sedar.. air mata ini bercucuran.. Kenapa? Kenapa? Kenapa aku mesti menangis kerana dia? Kenapa aku mesti bersedih kerana dia?
Sedangkan aku dan dia tiada apa hubungan yang serius. Sedangkan dia tidak pernah menyatakan yang aku ini miliknya.. Kenapa? Kenapa? Deraian air mata ini semakain laju. Pada siapakah harus aku luahkan semuanya.
Aku menyedari dia sibuk dengan kerja dan tugasan belajar dia. Dan aku juga tak mahu membebankan dia dengan diriku. Dia punyai kehidupan dia sendiri. Dan aku tak mahu menjadi penghalang pada setiap kehidupan dan hari-hari yang dia lalui. Mungkin dia terlalu muda untuk mengerti hati dan perasaan ini.
Aku tahu, aku sendiri yang bermain dengan perasaan sendiri terhadapnya. Sedangkan dia tidak. Adakah aku terlalu bodoh dan terlalu lemah dengan mainan perasaan sendiri. Yang tidak tahu membezakan semuanya. Kenapa aku jadi begini sekali setelah kenal dengannya? Kenapa aku begitu bodoh sekali!!!bodohnya aku meluahkan perasaan pada seseorang yang tak penah membalas huluran cinta yang aku berikan. Bodohnya ku yang masih lagi menanti jawapan dari dia yang tak pernah meluahkan apa-apa.
Sampai bila aku harus terus menanti dan berpegang pada perasaan ini. Sedangkan segalanya bagai tiada jawapan yang pasti. Aku ibarat menangih cinta pada insan yang entah sudi entahkan tidak.
Kasih ini telah terlalu dalam. Cinta ini telah terlalu kuat. Tidak bisa aku menarik kembali perasaan aku padanya. Saat aku memberikan cinta, saat itulah segalanya aku serahkan pada dia. Dan adakah dia mengerti? Betapa tulusnya aku mencintai dia, seperti mana aku tulusnya aku mencintai bekas kekasihku. Apakah impian aku ini akan musnah seperti musnahnya impianku dengan bekas kekasihku?
Hanya masa yang akan menentukan segalanya. Dia masih keliru dengan perasaannya sendiri. Tak mengapalah. Mungkin antara kita hanya ditakdirkan menjadi teman dan bukannya kekasih. Dan aku menyedari kau berat untuk menerima diriku. Aku sedar siapa diri ini. Dan andai benar sukar untuk kau terima aku redha dengan keputusanmu. Biarlah perasaan ini kupendam dan biarlah aku merinduimu dikejauhan ini. Dan melihat kau bahgia disana.
No comments:
Post a Comment