Tanpa diminta
Hadir seorang insan yang menagih kasih dan cintaku
Mengharapkan sesuatu pada aku
Mengharapkan aku menerima dirinya menjadi kekasihku
Meminta tempat didalam hidupku sebagai teman istimewa
Saban hari kata-kata cinta dan sayang diluahkan padaku
Kerap kali bertanyakna khabarku disini
Kerap kali cuba mengajakku berjumpa dengannya
Hampir sebulan sudah dia kukenali
Namun perasaan itu masih tidak wujud lagi dalam diri ini
Kerap kali aku menyatakan
Jangan terlalu berharap padaku
Jangan terlalu meletak harapan tinggi padaku
Nanti kecewa akhirnya
Maafkan aku..
Aku tak bisa menerima kehadiran insan lain
Aku tak bisa menerimamu
Sedangkan hati ini telah dimiliki
Cinta ini telah dimiliki
Oleh insan lain
Maafkan aku...
Usahlah menunggu diriku
Andai bertemu insan yang lebih baik..
Ambillah dia..
Mungkin dia lebih baik berbanding diriku
Maafkan aku.. kerna aku belum boleh
menyambut huluran cintamu
Kerna diri ini telah dimiliki
Biarpun hanya aku yang merasakan
Aku telah dimiliki..
Maafkan aku
No comments:
Post a Comment