Dalam meniti hari-hari yang berlalu
Seakan-akan hati tertanya-tanya
Akan dimana hujungnya..
Hujungnya kisah sebuah kehidupan
Akhirnya sebuah kehidupan
Kadang kala mata merenung jauh
Merenung masa yang telah berlalu
Merenung masa yang senang berjalan
Merenung masa yang bakal mendatang
Kadang hati mahu segala yang indah
Kadang hati mahu semua yang baik..
Namun semua itu dengan izinnya
Kita hanya mampu merancang
Dan selebihnya DIA yang menentukan segalanya
Namun hati tetap tabah..
Tabah menghadapi segalanya
Pasti tersembunyi hikmah diatas segala
Padanya kuberserah...
No comments:
Post a Comment