Tolonglah lupakan diri ini
Kerana diri ini telah dimiliki
Oleh insan yang bernama Suami
Cukuplah agar kau mengerti
Bahawa cinta kita tak mungkin bertaut lagi
Kasih tidak akan berputik lagi
Ikatan terputus tak mungkin bersambung lagi
Mungkin perit bagi dirimu menerima
Tapi segalanya dah tertulis diatas takdirnya
Belajarlah menerima akan segalanya
Binalah hidup yang baru
Kerana perjalanan masih jauh
Tolong lupakan diri ini
Kerna aku tak mampu untuk kembali lagi
Maafkan aku
No comments:
Post a Comment