Letih sudah mahu bicara
Lemah sudah mahu berkata
Mulut bagaikan terkunci mati
Suara hilang bagaikan dipecah-pecah
Terusan aku berdiam diri
Mungkinkah itu lebih baik
Tatkala diri tak mampu untuk berpatah lagi
Pinta ku agar terus memahami
Mungkin ini suratan takdir hidup ini
Atas pilihan jalan sendiri
Tiada apa yang boleh diubah lagi
Kuteruskan langkah kaki ini
Untuk meniti hidup yang telah dijalani kini
Biarpun dalam keadaan sederhana
Biarpun dalam sembunyi
Walaupun dalam kelam..
Kuyakin Allah pasti merahmati
akan segalanya ini...
No comments:
Post a Comment