Thursday, August 12, 2010

Maafkan Saya Awak...

1 Ramadhan ini menjadi tarikh sejarah buat aku kau dan dia
11 Ogos 2006 Kenangan aku bersama Si Dia
11 Ogos 2010 Kenangan aku bersamamu
Saat Aku melukakan hati mu sayang
Maafkan aku kerna melukakan hatimu teman...
Bukan niat aku melukakan hatimu
Namun kenangan 4 tahun lepas masih lagi segar dalam ingatanku
Sengaja aku lari dari kenangan itu
Namun aku tak berupaya..

Sedangkan kau berusaha membuatkan aku lupa kenangan bersama dia
Lantas aku yang tidak menyedarinya
Lantas aku yang yang masih leka dengan buaian kenangan semalam

Awak maafkan saya
Saya tahu semalam awak cuba buat saya lupakan dia..
Tapi saya yang masih lagi tidak menyedarinya
Saya sedar kata-kata saya banyak lukakan hati awak...
Saya tau awak bersungguh nak buat saya lupakan dia..
Saya minta maaf... saya tak kuat awak....
Saya tak berniat nak tipu awak,,

Saya tahu sekarang awak dha betul-betul marah dengan saya
Awak dah betul-betul terasa dengan saya
Awak mesti dah menyampah dengan saya kan..
Awak saya minta maaf...
Saya ingin lupakan dia..
Memang nak lupakan... tapi...
Tapi apa jaminan yang awak boleh berikan pada saya
Sedangkan saya mengharap pada awak...
Sedangkan saya tak mungkin miliki awak..
Kerna hati awak milik orang lain
Sungguhpun awk beri kunci hati awak..
Tapi saya pegang kunci.. namun ia tetap milik orang lain

Saya tak paksa awak untuk terima saya
Saya sedar keadaan saya...
Tapi saya terlalu sayangkan awak..
Dan kini saya terlalu cintakan awak..
Awak tak sedar dan tak nampak semua tu..

Ingin sekali saya bisikkan ditelinga awak
Bahawa " Saya Cintakan Awak"
Ingin saya memeluk erat awak
Bahawa " Saya ingin berada dekat dengan awak"
Ingin sekali saya diikat bersama awak
Bahwa " Saya tak mampu berjauhan dengan awak"
Tapi.... mampukah awak tahu semua itu?

Andai awak tahu...
Ingin sekali saya buat awak lupakan dia
Ingin sekali saya buat supaya hanya ada saya dihati awak
Tapi saya tahu... saya tak sebaik dia
Dan saya tak setanding dia
Dan saya tak sehebat dia
Yang sentiasa menyenangi hati awak..
Yang sentiasa berada di setiap genap ruangan hidup awak
Yang sentiasa bertahta di hati awak..
Saya tahu ... memori awak terhadap dia kuat
Sedangkan saya baru 6 bulan bersama awak

lantas saya biarkan awak dengan kenangan awak
Mendengar luahan hati awak mengenai dia
Perasaan cinta awak pada dia
Sungguhpun saya terasa sedih..
Namun jauh disudut hati saya
Saya merelakan segalanya
Kerna awak bahgia dengan cara awak....
Saya tahu awak lebih bahgia bersama dia
Walaupun saya terasa namun saya tetap doakan awak akan bersama dia semula
Mungkin awak bahgia bersama saya
Tapi bahagia itu tidak sehebat bahgia awak bersama dia

Kegembiraan awak adalah kegembiraan saya
Kebahagiaan awak adalah kebahagiaan saya
Ingin sekali saya merubat kekecewaan awak..
Tapi saya tau... saya tak mampu..
Namun tetap saya cuba...


Maafkan saya awak... Maafkan saya
Ingin sekali saya luahkan semua ini pada awak
Namun saya tak mampu
Tak mampu luahkan semua ini..
Saya tak mahu tambah serabut awak

Saya berharap awak sedar sendiri
Andai di masa depan awak terbaca tulisan saya ini..
Mungkin semuanya hanya tinggal kenangan
Walaupun hanya kenangan
Tapi cukuplah andai awak tahu
Walaupun awak bukan milik saya
Saya tetap doakan awak bahgia..

Awak... senang untuk saya katakan...
Bahawa.... SAYA CINTAKAN AWAK...
& SAYA SAYANGKAN AWAK...
Biarpun kita sekadar Teman Istimewa
Namun Awak tetap teristimewa dalam hidup saya

No comments:

Post a Comment