Wednesday, August 11, 2010

11 Ogos 2006

8/10/2010 10:46:28 PM

Malam ini aku mula terasa kesepian
Aku kembali teringat akan dirinya
Esok adalah hari kenangan
Hari dimana menjadi saksi antara aku dan dirinya
Dimana aku menyerahkan seluruh jiwa dan ragaku hanya untuknya
Aku menerima dia seadanya seperti dia menerima aku seadanya
11 ogos 2006 menjadi saksi aku dan dirinya menjadi satu
Aku tiba-tiba merindui saat itu
Sukar untuk aku melupakannya
Kenangan itu kembali menerjah kotak fikiranku

Kenangan itu sukar untuk dihapuskan
Antara kita sukar untuk disatukan kembali
Namun jauh disudut hati ini
Kau tetap yang terbaik dalam hidupku
Aku tak tahu samaada mampukah insan lain menjadi yang lebih baik dari dirimu

Ramadhan menjelma sudah
Kenangan bersamamu kian terasa
Masih teringat lagi yang kau selalu membelikan sup kegemaranku
Setiap kali puasa kau tak pernah lupa belikan nya
Namun… ramadhan kali ini
Bagai tiada seri… bagai ada kekurangan
Ya… tanpa sup daging dan tanpa hadirmu
Teringat aku saat kau menegurku

Bilamana aku berkata “ Abang, kenapa abang tak puasa hari nie? Tak eloklah”
Dan kau menjawab “ ayang tau ker makna puasa tu? Apa sebenarnya puasa tu? Adakah puasa itu hanya pada bulan ramadhan sahaja? Adakah hanya berpuasa mengikut adat sahaja? “ pelbagai soalan kau lemparkan padaku semula

Dan aku terdiam… tanpa berbicara. Lantas kau usap kepalaku dan kau kucup dahiku, lantas kau berkata
“ Dah lah, nanti kita dah nikah ayang taulah dan ayang akan faham apa maksud abang. Abang akan jaga, akan ajar ayang semuanya” Aku hanya tersenyum.
Namun kini semuanya berubah, kita dah jauh, Jauh dari segala impian kita. Ramadhan kali ini tanpa dirimu. Terasa kosong kurasakan kehidupan ini, siapakah mampu mengisi kekosongan itu?

Aku sedar antara kita Cuma tinggal kenangan, dan dengan kenangan itulah aku, aku bangkit biarpun langkah kaki ini longlai. Kerna kenangan itu sentiasa mengekori ku, menghantui aku, menarik aku kembali kesana

Aku cuba berdiri kembali, membina hidup aku tanpa hadirmu lagi. Sungguhpun aku takut akan bayangku sendiri, namun aku harus kuat, aku harus berpijak dibumi nyata..

BAHWA…. Aku dan dirimu hanyalah TINGGAL KENANGAN… Kenangan yang tinggal dicebisan kotak hidupku yang tak akan luput, dan aku tahu, perjalanan hidupku masih panjang, lantas katamu padaku pada saat akhir perhubungan kita, “Andai ayang bertemu insan yang lebih baik dari abang, terimalah dirinya dan lupakan abang dari kehidupan ayang, selamanya. Bawalah haluan kita msing-masing, kerna tiada jodoh antara kita”


Andai itu suratan perhubungan yang telah terjalin 4 tahun ini, aku cuba menerima segala ketentuan. Namun senang untuk kau tahu bahawa, aku tak bisa untuk mudah melupakanmu biarpun aku kini mula mengalihkan segalanya kepada si dia. Kenangan kita masih ada biarpun aku kini mula memberi ruang kepada dia untuk memilikiku.


No comments:

Post a Comment