Sampai bila harus disimpan perasaan ini?
Sampai bila harus menanti?
Sedangkan sudah nyata dan jelas
Bukan aku .... bukan aku
Sampai bila kita berselindung
Disebalik perhubungan ini
Aku yang disini penuh kesabaran menantimu
Mengharapkanmu
Salahkah aku menyayangimu
Salahkah aku mencintaimu
Salahkah aku mendampingimu
Aku ingin selalu dekat denganmu
Merawat lukamu
Menceriakan hidupmu
Melupakan kenangan pahitmu
Mestikah aku terus menanti dirimu sayang
Kulenyapkan memoriku hanya untukmu
Kucuba lupakan kenanganku hanya untukmu
Bisakah kau melihat semua itu
Bisakah kau melihat ketulusan hatiku untukmu
Sungguh kita berbeza...
Tapi adakah beza itu menjadi penghalang?
Adakah beza itu yang dipertaruhkan?
Seringku tertanya-tanya..
Sering aku terfikir-fikir
Tentang kita
Dimana kesudahannya hubungan kita
Bagaimana aku tatkala kau temui dia
Siapakah aku tatkala kau dimiliki yang lain
Perasaanku tatkala perasaanmu milik yang lain
Adakah aku penghalang, atau perosak, atau aku hanya sekadar pinggiran
Maafkan aku berfikiran begini
Lumrah seorang gadis untuk berfikir
Mungkin kau tidak sedar...
Mengapa sigadis yang rapat dengan jejaka akan bertanya
"Siapakah aku dihatimu?"
"Apakah status aku padamu?
Jawapannya....
Si Gadis ingin tahu sama ada dia telah dimiliki atau tidak
Si Gadis ingin tahu dia dihargai atau tidak
Si Gadis ingin tahu adakah dia pilihan hati atau tidak
Si Gadis ingin terus meletakkan hanya namamu sahaja dihatinya
dan menutup hatinya untuk yang lain
Biarlah aku terus dengan perasaanku sendiri padamu
Cukup dengan hadirmu memberi sedikit bahgia padaku
Yang aku hanya menumpang kasihmu
Memohon sedikit ruang dihatimu
Untuk tempat aku berpaut
Hanya padamu
No comments:
Post a Comment