Friday, August 13, 2010

Nasihat Kawan Saya

Semalam kawan bertanya semasa berbuka
" Kenapa macam sedih jer?"
Akhirnya saya membuka cerita
Berkenaan tentang kita
Bahawa awak memilih untuk menjadi TTM sahaja
Mereke tak kata awak jahat
Tapi mereka kata kesian dekat saya
Cinta dekat awak bagai nak gila
Sayang gila2 dekat awak..
Akhirnya hanya nak jadi TTM jer

Mereka suruh saya bersabar
Cari jerlah yang lain
Orang dah tak sudi
Nak buat macam mana
Saya pun cakap yang awak sayangkan saya
Awak tak sanggup kehilangan saya
Sebab itu awak pilih saya hanya untuk jadi TTM

Kawan saya kata...
Kalau sayang dan xnak hilang kenapa tak ambil jadi GF
Sekurang-kurangnya saya tak lari dan jauh sebab dah ader hubungan serius dengan awak
Kalau macam tu dia tak berani nak luahkan perasaan
kalau macam tu kawan jerlah dengan dia..
dalam masa yang sama cari seseorang untuk jalinkan hubungan yang serius
Kalau betul awak sukakan saya..
Awak akan datang pada saya balik
Dan awak akan cari saya balik

Tapi...
saya dengar jer apa mereka kata
Lagipun dalam hati saya sekarang hanya ada awak
Tak mampu untuk cari yang lain lagi
Hanya awak saja
Dan.... tak tahu sampai bila
Saya pun tak tahu..
Sebab saya terpaksa lepaskan cinta saya pada awak..
Tapi mampukah saya buang perasaan saya pada awak?
Saya rasa saya tak mampu...

Awak...
Maafkan saya andai saya masih ada perasaan cinta pada awak..
saya tak mampu buang perasaan itu
Tapi... biarlah saya pendam perasaan cinta pada awak
Kerna.... awakpun takkan faham erti cinta saya pada awak
Mungkin suatu hari awak akan mengerti..
Bahawa sayalah orang yang paling sayang dan cintakan awak...

No comments:

Post a Comment