Monday, August 30, 2010

Berfikir & Terus Berfikir

Semakin hari aku terus memikirkan
Semuanya tentang diriku ini
Tentang masa laluku
Tentang Masa kini ku
dan tentang masa depanku
Semuanya bagai menghimpit diriku

Aku termenung sendirian
Melihat keadaan diri yang kian tidak terurus
Memikirkan kerja yang tidak menentu
Memikirkan hubungan yang tak tahu apa dasarnya

Aku sendirian... terus berfikir
Ingin aku akhiri semuanya
Namun aku tak bisa hilangnya
Aku ingin merubah segalanya..
Namun bisakah aku bangkit dari segalanya
Ingin kupergi jauh dari segala
Tapi dimanakah tujunya aku

Pernahnya suatu ketika aku jatuh
Jatuh dari segalanya..
Hingga datannya kurniaan allah
Memberi kekuatan aku untuk bangkit dari segalanya..
Keluar dari segalanya...
Namun.. semuanya itu bukan seindah yang disangka
Aku berdiri.. dan cuba dihatuhkan lagi..
Sehingga aku mempersoalkan segalanya
Apakah bisa aku bertahan lagi?

Cinta yang tidak kesampaian
Tersepit antara keluarga dan cinta
Lantas aku memilih keluara
Cinta yang aku leburkan walaupun itu yang diimpikan aku
Kuleraikan hubungah yang terbina
Demi kasihku pada keluarga
Demi kebahagiaan dia yang sering menyalahi aku
Demi kebahagiaan dia yang sukar memahami kehendakku

Kini aku sendiri
Aku jalani kehidupanku tanpa adanya insan yang menyintai aku
Walaupun aku berkeinginan seseorang memiliki diri ini..
Menyanyangi aku tanpa ada jemu
Menerimaku seadanya tanpa rasa ragu
Memilihku bukan kerna kepentingan dirinya
Mendakap aku dengan penuh kasih sayang tak berbelah bahagi

Namun ...disaat aku temui insan yang aku bahgia bersamanya
Kenapa begitu sukar untuk aku gapainya
Dia didepanku didampingku..
Namun dia terasa jauh dariku

Ya Allah... adakah ini degaan kau menguji kehidupanku
Adakah ini hanya satu ujian padamu buat aku yang lemah ini
Ya Allah..layakkah aku ini untuk didampingi
Sesungguhnya aku ini tidak berdaya lagi
Menanggung perasaan yang kian menebal dijiwa ini
Menahan perasaan yang tidak bisa lagi aku selindung padanya

Andai benar dia bukan untukku
Andai benar hanya ku punyai perasaan itu..
Leraikanlah semuanya
Agar tiada lagi beban yang aku perlu tanggung
Agar aku tidka terus berharap..

Saturday, August 28, 2010

Leave

Emmm sayang
I will leave you for a couple of day..
Hope you happy there without me
Yes of course you happy kan...

Hope you settle down your homework..
Don't stress to much.. it will effect you
So i can't be there to care of you

I will miss you so much...
Wait for me k..
I be here tomorrow or soon

Miss you sayang..
Bye...

Aku Masih Menanti

Aku ingin pergi dari segala kekalutan ini
Mencari sesuatu yang bisa memberikan kebahagiaan buat aku
Dimana dan bila aku masih menanti
Akan adanya bahgia buat aku yang dalam penantian

Siapakah yang akan mendampingiku
Membawa aku menuju destinasi impianku
Siapakah yang sudi menyambut tanganku
Menggenggam erat tanpa akan melepaskannya
Memelukku erat didakapannya tanpa akan merenggangkannya
Menatap mataku tanpa ada rasa jemu
Mendengan setiap luahanku tanpa aa letihnya
Menyeka titis air mataku tanpa cuba menambahnya
Membimbing aku menerusi lunas-lunas yang benar

Aku masih menanti akan datangnya dia dalam hidupku
Ku harap dia... ku ingin dia
Mampukah aku menjadi terbaik buat dia
Mampukan dia menerima aku seadanya
Sudikah dia memberi ruang buat diriku sahaja

Aku masih terus menanti..
Dan terus menanti..
Kuharap kamu lah yang kunanti..

Friday, August 27, 2010

Maaf Buat Insan Yang Pernah Ku Sayang

Maafkan aku kerana meninggalkanmu
Tapi itu lebih baik dari segalanya
Agar semuanya gembira
Bagi aku biarlah ia menjadi kenangan
Kenangan yang lama ditinggalkan

Terima kasih atas segalanya
Apa yang kau berikan, semoga Allah membalasnya

Dan kita....
Dah lama berlalu...
Biarlah ia menjadi peringatan dan teladan buat kita
Dimasa hadapan...
Untuk menjadi lebih baik...

Salam perpisahan buatmu
Maaf atas segala salah dan silapku padamu
Selamat tinggal...

Maafkan saya awak

8.59 am
27 Ogos 2010

Awak
Saya minta maaf
Saya memang tak sengaja
Memang saya tak dapat nak elak semua tu
Saya tahu semalam masa untuk kita spend
Tapi saya ada hal yang tak dapat dielakkan
Bukan saya sengaja atau mencari alasan

Saya tahu awak marah sangat dekat saya
Sangat-sangat
Awak saya sayangkan awak
Saya pun memang nak spend masa dengan awak
Saya juga terkilan
Tapi apa saya nak buat
Saya minta maaf awak

Saya harap awak faham
Harap hari ada masa
Awak... itupun awak free..
Memang masa kita berbeza
Tak sama sekarang

Saya harap awak faham
Saya minta maaf sayang

Thursday, August 26, 2010

Not Feeling Well Today

I'm not feeling well today..
Nothing to says here
I'm too tired, dizzy and pain

Hope to recover soon

Honey...
I'm too tired here...
Need you so much
So much


Wednesday, August 25, 2010

When You Need Me

When you need me
I'll always be here for you
Even you're miles away
I always be for you

I hope you like me
Hope we can be together forever..

If someday anything happen to me
Or anything happen to our relationship
I just wanna know something
From your mouth

Do you ever love me?
Do you ever want me to be your spouse?

Just want to know that
Because i always wanna be yours..

Tuesday, August 24, 2010

Bicara Hati Itu

Bicara hati itu kadangkala bisa merungkai seribu persoalan
Diantara hati dan perasaan
Antara naluri keinginan
Antara kekeraguan dan ketidakpastian

Bicara hati itu
Bisa menyimpan seribu rahsia
Rahsia yang hanya dirinya yang mengerti
Bicara hati itu kadangkala merobek jiwa ini
Memberi kedukaan yang tak ingin dihadapi

Bicara hati itu bisa meruntun hati yang sedang gembira
Bisa menambah hati yang sedang luka
Bisa membangkit rasa rindu
Bisa membangkit rasa sayang

Bicara hati itu
Tidak pernah berbohong
Hati itu tidak pernah berbohong kepada sang pemilik
Hanya pemilik yang berselindung
Sedangkan hati tidak

Monday, August 23, 2010

Rama-rama Itu bukan aku

Saya dah menjadi keliru dengan perasaan sendiri
Macam mana lagi saya nak buat awak mengerti tentang perasaan saya
Awak seperti ambil lewa sahaja dengan apa yang saya luahkan pada awak

Awak ...
Saya dah diibaratkan bagai mengemis kasih awak
Saya nie dah macam mengemis cinta awak
Dah macam pengemis dah awak
Yang sampai masanya pengemis ini tak punyai apa-apa

Awak takkan memahaminya..
Sedih hati saya nie
Ada masanya awak tunjukkan yang awak inginkan saya
Tapi adakalanya macam terasa dipermainkan
Awak tak ingin hilang saya
Tapi awak senagaja nak buat supaya saya pergi
Awak tak mahu mengambil saya tapi awak tak mahu lepaskan saya

Awak

Awak.....
Lama lagi ker kita nak jumpa?
Rindulah dekat awak
Dapat jumpa awakpun dah cukup.

Kata awak tahun depan
Emmm lamanya nak tunggu tahun depan
Entah dapat jumpa atau tidak

Harap-harap dapat jumpa awak
Awak jangan risaulah
Saya takkan ada teman lelaki sampai saya jumpa awak..
Dan harap awak pun macam tu juga

Awak..
Tak sabar jumpa awak

Masih Tak Mampu Memberi Ruang

Awak....
Ada yang cuba mengenalkan saya dengan orang lain
Supaya saya bisa ada teman yang menjaga saya
Mengambil berat tentang saya
Yang mengambil saya menjadi kekasihnya

Namun...
Hati saya dan diri saya
Masih tidak boleh memberi pada yang lain
Biarpun ada yang baik..
Namun bukan semudah itu untuk saya menerimanya

Kerna ....
Saya masih menanti.. dan terus menanti seseorang
Seseorang yang kini saya cintai..
seseorang yang saya tak pasti perasaanya pada saya
Iaitu
AWAK...

Sunday, August 22, 2010

Kenangan Itu Kembali Lagi

Semalam....
Tiba-tiba kenangan itu kembali lagi
Saat aku melewati bandaraya Melaka
Ya Allah... Terlalu banyak kenangan disiu
Suka aku bersama dengannya
Kenangan tahun 2007 bersamamu

Saat kereta menyusuri Pantai Klebang
Saat itulah aku teringat
Disitulah tempat dia selalu membawaku
Disaat aku melihat tapak permainan itu
Ternampak aku akan kegembiraan tatkala aku bermain disitu
Ternampak aku akan kita sedang bergaduh disitu
Ternampak aku kita sedang menangis disitu
Ternampak aku kau sedang memujuk aku

Tatkala aku lihat Pondok itu
Disitulah aku lihat aku sedang bersandar dibelakangmu tatkala hujan turun
Disitulah aku melihat kita sedang makan isitu
Disitu juga aku melihat plat motormu patah
Disitu aku melihat kau sedang ingin bermanja denganku dan aku menolaknya

Saturday, August 21, 2010

Sekadar Coretan Biasa

Alhamdulilah.... semuanya dah lega.
Wlaupun masih terasa sakit lagi.
Insyaallah.. nanti ok lah tu.
Awak.. 
Apalagi saya nak cakap dengan awak yer..
Dah sehabisnyer bercakap.
Tentang perasaan, tental soal hati
Dah habis saya luahkan dekat awak

Semakin hari sayang dan cinta saya 
Pada awak semakin mendalam
Pernah saya cuba menghapus perasaan itu
Pernah saya melempar jauh perasaan itu
Pernah saya membuang perasaan itu dari hidup saya
Namun tetap ia kembali jua
Malah semakin dibuang semakin kuat
Semakin menjauh semakin ia dekat

Friday, August 20, 2010

Selindungku Padamu

Sampai bila harus disimpan perasaan ini?
Sampai bila harus menanti?
Sedangkan sudah nyata dan jelas
Bukan aku .... bukan aku

Sampai bila kita berselindung
Disebalik perhubungan ini
Aku yang disini penuh kesabaran menantimu
Mengharapkanmu
Salahkah aku menyayangimu
Salahkah aku mencintaimu
Salahkah aku mendampingimu

Aku ingin selalu dekat denganmu
Merawat lukamu
Menceriakan hidupmu
Melupakan kenangan pahitmu

Mestikah aku terus menanti dirimu sayang
Kulenyapkan memoriku hanya untukmu
Kucuba lupakan kenanganku hanya untukmu
Bisakah kau melihat semua itu
Bisakah kau melihat ketulusan hatiku untukmu

Sungguh kita berbeza...
Tapi adakah beza itu menjadi penghalang?
Adakah beza itu yang dipertaruhkan?
Seringku tertanya-tanya..
Sering aku terfikir-fikir
Tentang kita
Dimana kesudahannya hubungan kita

Bagaimana aku tatkala kau temui dia
Siapakah aku tatkala kau dimiliki yang lain
Perasaanku tatkala perasaanmu milik yang lain
Adakah aku penghalang, atau perosak, atau aku hanya sekadar pinggiran

Maafkan aku berfikiran begini
Lumrah seorang gadis untuk berfikir

Mungkin kau tidak sedar...
Mengapa sigadis yang rapat dengan jejaka akan bertanya
"Siapakah aku dihatimu?"
"Apakah status aku padamu?
Jawapannya....
Si Gadis ingin tahu sama ada dia telah dimiliki atau tidak
Si Gadis ingin tahu dia dihargai atau tidak
Si Gadis ingin tahu adakah dia pilihan hati atau tidak
Si Gadis ingin terus meletakkan hanya namamu sahaja dihatinya
dan menutup hatinya untuk yang lain

Biarlah aku terus dengan perasaanku sendiri padamu
Cukup dengan hadirmu memberi sedikit bahgia padaku
Yang aku hanya menumpang kasihmu
Memohon sedikit ruang dihatimu
Untuk tempat aku berpaut
Hanya padamu

Wanita: Akalnya Senipis Rambutnya

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Mampukah Aku Menjadi Wanita Solehah

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..

Ketika aku marah
Ingin ku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...

Hati Menginginkan

Saat hati berbicara
Menyoal tentang hati dan perasan
Berbicara tentang kasih dan sayang
Bersoal tentang Cinta dan rindu
Bisakah ia memenuhi segala keinginannya?

Cinata yang pernah hilang dipuja-puja
Agar kembali bersemi
Merantai kasih, mengunci rindu, menutup hati
Hanya demi insan yang pernah bertahta dihati
Namun bisakah kenangan lalu kembali semula?

Rindu menyiksa jiwa
Cinta menyakitkan hati
Penantian bagai satu siksaan
Namunkah bisa terbalas dengan kebahagiaan?

Jalan terbentang luas didepan mata
Namun tiada satupun membuka mata
Peluang hadir disegenap ruang
Namun tidak pernah dicapainya
Membiarkan ia terus berlalu

Hadirnya insan ingin mengubat kecewa
Hadirnya insan mahu merawat luka
Hadirnya insan mahu menyemai kasih
Hadirnya insan mahu menyenanginya
Namun adakah sedar?
Adakah ia melihat?

Namun dia masih tetap setia
Menanti akan adanya kasih berputik
Akan adanya cinta terlahir
Menanti pintu itu terbuka
Menanti huluran tangan disambut

Namun ...
Sampai bilakah ia harus menanti?
Menanti satu jawapan yang tak pasti
Dari bicara seorang lelaki
Lelaki yang mencuri segenap ruangan hidupnya

Ibaratkan.. Saat berada didepan mata, kita tidak nampak
Saat disisi kita tidak sedar
Andai kehilangan baru tersedar..
Bahawa dialah yang setia menanti kita
Namun.. bisakah ia kembali semua?

Thursday, August 19, 2010

She Comes Back

Semalam dia kembali semula
Saya tahu hati awak berdebar-debar
Saya tahu perasaan cinta awak pada dia kian berbunga kembali
Saya tahu juga.. awak tak sabar untuk berjumpa dia
Saya juga tamu amat yang awak terlalu sayangkan dia
Dan yang paling saya tahu...
Awak ingin dia kembali bersama awak semula

Berat benar dugaan yang saya hadapi
Saya tahu saya akan kalah
Dalam fikiran awak sekarang ini
Hanya ada dia..Bukannya saya
Saya tahu saya agak over dengan perasaan saya
Sebab tu saya over disini sahaja
Saya taknak tunjuk dekat awak..
Biar saya luah disini sahaja
Mungkin hati saya lagi tenang
Dan awak pun tak tahu.

Bermacam perkara menerjah dikepala saya
Tak dapat saya bayangkan
Jika dia kembali pada awak
Jika awak dan dia bersama kembali
Sekembalinya dia ke Malaysiapun
Dah cukup merisaukan saya

Andai dia kembali bersama awak
Saya tak tahu bagaimana dengan saya lagi
Apa akan jadi pada hubungan kita
Dan pentingkah saya lagi disisi awak
Mungkin saya bukan siapa=sipa lagi pada awak

Entahlah awak..
Saya ingin sangat bahgiakan awak..
Tapi awak mungkin lebih bahgia dengan dia
Rasa bodohnyer saya setuju awak cari dia balik
Kenapa saya nak lepaskan awak pergi dekat orang lain?
Kenapa sya nak biar orang lain rampas awak dari saya?

Saya tahu saya akan kecewa dan sedih
Tapi biarlah saya yang merasa luka
Andai awak yang merasa bahgianya
Awak... ingin sekali saya bertanya apada awak

Bahgiakah awak dengan saya?
Gembirakah awak bersama saya?
Tak bahagiakah awak dengan saya?

Tapi saya tak dapat nak cakap
Sebab saya tahu
Awak akan rasa rimas dengan soalan itu
Saya tahu awak tak suka saya tanya soalan nie..
Takper.. Biarlah soalan itu tak berjawab..
Kerna....
Awak memang tiada jawapan untuk itu

Apapun.. Cukuplah awak tahu
Bahawa saya tetap sayang awak dan cinta awak
Walaupun awak tak cintakan saya

Aku Mahu Mendampingi Dirimu

Kau boleh acuhkan diriku
Dan anggap aku tak ada
Tapi takkan merubah perasaanku
kepadamu

Ku yakin pasti suatu saat
Semua kan terjadi

Kau kan mencintaiku
dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
aku mau cintai kekuranganmu
slalu bersedia bahagiakan mu
apapun terjadi
ku janjikan aku ada
(aku ada)

kau boleh jauhi diriku
namun ku percaya
kau kan mencintaiku
dan tak akan pernah
melepasku

Aku mau mendampingi dirimu  
aku mau cintai kekuranganmu  
aku yang rela terluka untukmu selalu



Kuyakin... Padamu  Teman,,

Kau Selalu Ada

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Oh karena hati telah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Oh bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi
dan sepi

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
seperti udara yang kuhela kau selalu ada

selalu ada, kau selalu ada
selalu ada, kau selalu ada

Awak, maafkan saya sangat-sangat

19 Ogos 2010
2.00am

Awak...
Saya minta maaf sangat-sangat
Saya tau awak mesti marah sangat dekat saya
Saya tak sengaja
Saya tak sihat sangat2 malam tadi
Sampai saya terlena awal

Baru saya terjaga sebentar
Dan lihat awak call saya
Awak sms saya banyak kali
Awak... Saya rasa bersalah sangat2
Sepatutnya saya ada dekat sisi awak
Teman awak
Walaupun saya jauh
Saya terlena tadi awak.

Jahat betul saya biarkan awak.
Awak...
Saya tak sengaja
Tapi jangan cakap saya tak pedulikan awak
Janganlah cakap saya dah tak kasihkan awak
Tak pernah pun kurang kasih saya dekat awak
Sikitpun tak pernah

Saya tau awak dah tido sekarang nie
Tentu awak sedih sangat-sangat
Sebab saya terlena tadi
Saya lupa tukar hp mod naa tinggi tadi
Kalau saya letak nada tinggi
Mungkin saya tersedar bila awak call saya

Awak..
saya rasa kesal sangat-sangat
Saya tak tau nak cakap dekat mana
Sini jer tempat saya nak luah

Awak...
Maafkan saya sangat-sangat
Maafkan saya..
Saya tak mampu untuk lena lagi
Saya rasa salah sangat

Awak...
Saya sayang awak sangat2
Saya masih lagi cintakan awak
Walaupun awak tak penah sambut cinta saya

Awak....
Maafkan saya biarkan awak sendirian malam tadi
Maafkan saya

Wednesday, August 18, 2010

Perlukah Aku Pendam Lagi?

Saat bersendiri ini
Fikiran aku akan mula berfikir
Ingin sahaja aku pergi
Ingin sahaja aku lari dri segala kekusutan minda yang tiada kesudahan
Memikirkan perjalanan hidup yang dicipta
Bagai tidak mengikut apa yang dirancang

Ya Aku Hanya merancang
Namun yang menentukan adalah Allah Yang Maha Kuasa
Hari ini pertanyaan kau mendebarkan hati ku lagi
Kenapa awak selalu mengoncang hati saya
Kenapa bila ada awak selalu sahaja hati ini berdebar
Kenapa selalu sahaja jantung ini berdegup

Mimpi...
Selalu sahaja awak mimpi yang manis-manis berkenaan kita
Tapi kenapa saya selalu mimpi yang sedih tentang kita?
Adakah saya terlalu memikirkan kesedihan saya dan awak?
Adakah saya terlalu emosi?

Entahlah awak..
Saya memang sayang sangat2 dekat awak...
Saya memang dah cintakan awak
Tapi nak buat macam mana
Awak punya perasaan tak sama dengan saya
takperlah awak...

Saya pun faham kehendak awak...
Jadi.. saya ikut sajalah kehendak awak..
Tapi tak taulah sampai bila kut
Sebab.... saya nie selindung macam mana pun
Tetap tak boleh bohong
Dosa bohong diri sendiri tau..

Emmm
Boleh saja saya terima sesiapa yang bagi ruang dekat saya
Tapi hati saya masih dekat awak..
Nak buat macam mana
Sabar jerlah....

Mood Jahat :> Kalau saya jumpa orang lain macam mana yer? Mesti kite tak macam dulu lagi kan? Mesti saya beri perhatian lebih dekat BF saya jer nanti.. Padan Muker Awak... He..he...

Tuesday, August 17, 2010

Andai Akhirnya Begini

Mungkin sudah tersurat
Akan begini akhirnya hubungan kita
Mungkin kebahgian lalu bagai lenyap ditelan arus waktu
Yang kian memisahkan kita

Kita sudah jauh berbeza
Berbeza pada setiap sifat kita
Mungkin aku berubah mendadak
Mungkin sudah masanya aku berubah
Bukan berubah untuk berpaling darimu
Tapi berubah berpaling mencari kehidupan lebih baik

Namun kau senantiasa menyalah erti
Aku sedaya unpa mencuba namun ternyata gagal lagi
Usahlah kau lemparkan kata2 kesatmu padaku lagi
Ia hanya menambah kebencian aku terhadapmu
Adakah aku tempat untuk kau lemparkan kata sedemikian rupa
Kenapa....
Adakah itu gelaran kau terhadap aku setelah 4 tahun kita bersama?
Adakah itu yang layak untuk aku terima?

Aku sedar akan siapa diri ini
Dimana aku datang
Namun haruskah aku kau hina sedemikan rupa?

Sungguh hati aku tersangat luluh
Luluh dengan kata2 mu
Terasa hinanya diri ini
apakah aku mampu lagi berdiri?

Diam Itu Bagai Satu Kesunyian

3 Hari aku cuba berdiam diri
Cuba mengurangkan pergaulan aku dengannya
Cuba meleraikan kekusutan perasaan aku padanya
Cuba menghapus perasaan itu

Namun aku terasa sunyi
Diam aku memberikan aku satu kesunyian
kesunyian yang membuat aku rasa terasing

Adakah kita akan terus begini
Aku mengikut segala kehendak & permintaanmu terhadap hubungan kita
Namun ia membuat aku terasa jauh darimu
Membuat kau semakin jauh dariku
Maafkan aku

Aku tak ingin jauh darimu
Namun... apa daya..
Kita semakin jauh
Sedang aku terlalu rindukan kenangan kita
Sedangkan hakikat yang sebenarnya
Aku terlalu sayang padamu
Namun... kau takkan pernah mengerti
Biarlah perasaan ini aku pendam
Menjadi satu memori kita
Yang pastinya aku terasa bahgia bersamamu
Terima kasih
Kerna membuat aku bahgia
Biarpun sesaat aku bersamamu

Membenciku Seumur Hidupmu

Amat perit aku rasakan dihati ini
Tatkala membaca tiap baris katamu padaku
Semalam.. kukuatkan hati menghantar khabar padamu
Ya... Atas pinta ayahku...
Tak kusangka ini jawapan yang aku terima

"Abang benci awak seumur hidup awak"

Ya Allah
Hanya tuhan yang mengerti dan memahami perasaanku
Air mata bergenang dikelopak mata
Namun kutahan agar tidak disedari ayah

Kau berhak membenci aku
Biarpun seumur hidupmu
Terima kasih..
Mungkin sudah hilang kasih & cintamu padaku
Mungkin sudah kau semat benci dalam hidupmu
Pertama kali aku dibenci
Terima kasih

Ya aku berhak dibenci...
Anggaplah aku penca perpisahan kita
Anggaplah aku punca segala sengketa
Anggaplah aku pemusnah segala
Mungkin aku berhak pada itu

Biarlah aku pendam segalanya
Segalanya yang terjadi
Mungkin ini balasan pada aku yang brdosa
Mungkin ini dugaan dariNya pada aku yang hina

Andai sudah aku kau benci selamanya
Maafkan aku atas segala silap dan salahku
mungkin aku bukan yang terbaik untuk mu
dan aku takkan pernah bisa menjadi yang terbaik untuk sesiapa

Walau apapun...
Dari kejauhan ini..
Ketahuilah olehmu..
Sungguhpun kenangan kita telah berlalu
Aku sentiasa mendoakan kebahagiaanmu
Biar jauh atau dekat

Saturday, August 14, 2010

You See Friends (I See Lovers)

You See Friends (I See Lovers)
Bryan: You said, this would never end
But I want you for more than just my friend
Mark: And you said, this is how to say
Never really looked at you that way

Bryan: Be scared to tell you how I feel
It's not a passing thing, I know it's real
Mark: And if you have a reason, not to move it on
So what about it baby?
Bryan: If you say no, I'll still be there

You keep running (running while)
I'm still falling (falling for you)
You don't notice

There's something new my heart's discovered
You keep running (keep running)
I'll keep calling (calling until)
Until you notice
You see friends, but I see lovers


(You see friendship, I see love)
(You see friendship, I see love)

Mark: Don't be scared, to let me in your heart
I've been there before, but I played a different part
Bryan: And if you have a reason, not to move it on
So what about it baby?
Mark: If you say no, I'll still be there

You keep running (running while)
I'm still falling (falling for you)
You don't notice
There's something new my heart's discovered
You keep running (keep running)
I'll keep calling (calling until)
Until you notice
You see friends, but I see lovers

(You see friendship, I see love)
(You see friendship, I see love)

Bryan: And if you have a reason, not to move it on
So what about it baby?
Bryan & Mark: If you say no, I'll still be there

You keep running (running while)
I'm still falling (falling for you)
You don't notice
There's something new my heart's discovered
You keep running (keep running)
I'll keep calling (calling until)
Until you notice
You see friends, but I see lovers

Yeah... Yeah...

Na-na-na-na-na-na...
Na-na-na-na-na-na...
Na-na-na-na-na-na...

You want friendship, I want love

Na-na-na-na-na-na...
Na-na-na-na-na-na...
Na-na-na-na-na-na...

Mark:

You want friendship, I want love
You want friendship, I want love
You want friendship, I want love
What else am I dreaming of...

Ha-ha-ha

My girl
My girl


Ku Lepaskan Kau Pergi Sayang

Semakin hari aku semakin sayang
Semakin hari aku semakin cinta
Cinta itu sukar untuk diucap
Sukar untuk dimengerti
Namun.. aku menyedari
Perasaan itu kian hadir dalam diri ini
Semakin kau tolak
Semakin kuat dia menghampiri

Ya Allah...
Apakah erti semua ini?
Mengapa ia bisa hadir lagi
Sedangkan ia tidak mampu terucap
Sedangkan perasaan itu tidak mampu menjadi kenyataan
Aku yang lemas dalam perasaan sendiri

Ya Allah...
Kenapa kau berikan aku perasaan itu padanya
Sedangkan telah tahu dia bukan untukku
Sedangkan telah tersurat
Aku bukan pilihannya
Sedangkan telah dilafaz sendiri olehnya

Ya Allah
Aku pernah merasa kecewa
Tatkala impian telah dibina tak kesampaian
Tatkala mahligai tesergam indah hancur lebur
Tatkala masjid hampir dibina hilang bagaikan debu beterbangan

Lantas kau hadirkan kembali perasaan itu
Pada aku yang kecewa ini Ya Allah
Adakah harus aku merasa kecewa lagi?
Adakah ini ujian pada hambamu ini
Adakah ini balasan atas kesilapan lalu


Ya Allah
Layakkah aku aku mendapat cinta sejati
Layakkah aku menjadi pilihan hati
Ya Allah
Aku telah kecewa sekali lagi
Kecewa dengan perasaan sendiri yang kuberikan
Padanya yang hadir saat aku kejatuhan
Kenapa masih Kau berikan lagi perasaan iu padaku Ya Allah

Aku bermohon padamu Ya Allah
Andai benar aku bukan pilihannya
Ku mohon padamu
Tariklah kembali perasaan cinta aku padanya
Yang semakin hari semakin mendalam ini
Atau tukarlah perasaan cinta itu
kepada cinta kepada sahabat..
dan bukannya cinta sebagai ingin menjadi kekasih

Sebelum hati ini luluh dan lebur
Hanya padamu aku berserah..
Sesungguhnya hanya Kau yang mengetahui
Akan segala sesuatu

Berilah petunjuk dan jalan pada hambamu
Untuk melepaskannya pergi dengan pilihan hatinya
Semoga dia bahgia.. dan aku senang melihatnya




Friday, August 13, 2010

Aku Ingin Mencari

Aku ingin mencari...
Mencari sesuatu yang mampu membahgiakan aku
Sama seperti suatu ketika dahulu
Tapi dimana?
dimana harus kucari?
Memang dunia ini luas
Luas untuk aku terokai

Namun biasakah aku terokai semuanya?
Aku menjadi semakin bosan dengan jalan hidupku
Aku menjadi semakin tertekan dengan jalan kehidupanku
Bisakah aku merubah semuanya
Ya pasti bisa..
Tapi...
Aku pasti akan kehilangan semuanya
Ya Allah...
PadaMu Ya Allah aku memohon
Memohon petunjuk dan hidayahMu
Berikanlah aku petunjukMu
Agar aku bisa melihat jalan keluar dari semua kekalutan ini
Agar aku bisa melihat jelas
Jalan yang indah untuk aku lalui
Jalan untuk mencari
Mencari sesuatu yang aku inginkan

Hanya pamu Ya Allah
Aku berserah

Nasihat Kawan Saya

Semalam kawan bertanya semasa berbuka
" Kenapa macam sedih jer?"
Akhirnya saya membuka cerita
Berkenaan tentang kita
Bahawa awak memilih untuk menjadi TTM sahaja
Mereke tak kata awak jahat
Tapi mereka kata kesian dekat saya
Cinta dekat awak bagai nak gila
Sayang gila2 dekat awak..
Akhirnya hanya nak jadi TTM jer

Mereka suruh saya bersabar
Cari jerlah yang lain
Orang dah tak sudi
Nak buat macam mana
Saya pun cakap yang awak sayangkan saya
Awak tak sanggup kehilangan saya
Sebab itu awak pilih saya hanya untuk jadi TTM

Kawan saya kata...
Kalau sayang dan xnak hilang kenapa tak ambil jadi GF
Sekurang-kurangnya saya tak lari dan jauh sebab dah ader hubungan serius dengan awak
Kalau macam tu dia tak berani nak luahkan perasaan
kalau macam tu kawan jerlah dengan dia..
dalam masa yang sama cari seseorang untuk jalinkan hubungan yang serius
Kalau betul awak sukakan saya..
Awak akan datang pada saya balik
Dan awak akan cari saya balik

Tapi...
saya dengar jer apa mereka kata
Lagipun dalam hati saya sekarang hanya ada awak
Tak mampu untuk cari yang lain lagi
Hanya awak saja
Dan.... tak tahu sampai bila
Saya pun tak tahu..
Sebab saya terpaksa lepaskan cinta saya pada awak..
Tapi mampukah saya buang perasaan saya pada awak?
Saya rasa saya tak mampu...

Awak...
Maafkan saya andai saya masih ada perasaan cinta pada awak..
saya tak mampu buang perasaan itu
Tapi... biarlah saya pendam perasaan cinta pada awak
Kerna.... awakpun takkan faham erti cinta saya pada awak
Mungkin suatu hari awak akan mengerti..
Bahawa sayalah orang yang paling sayang dan cintakan awak...

Thursday, August 12, 2010

Hanya TTM

2 Ramadhan 1431 H
12 Ogos 2010
11.45 am

Hari ini kau buat aku mengerti
Bahawa.. aku hanyalah TTM
Katamu " Saya sayang sangat dekat awak..
Saya taknak lukakan awak
Saya nak awak jadi TTM saya sebab saya taknak kehilangan awak"
Dan saya minta kepastian lagi..
jawapan awak " TTM"

Baiklah... dan saya mengerti sudah
Takper... saya tak sakit hati...
Saya tak sedih..
Saya tak terasa
Saya tak kecewa pun..
Saya ok..
Dan tetap ok..
takyah risau...

TTM jer kan...
Tapi masih ader awak kan...

Harap2 benarlah kata awak..
Kita takkan Putus..
Saya pegang kata awak..
Jangan sampai satu hari..
Semuanya hanya kata-kata..



Maafkan Saya Awak...

1 Ramadhan ini menjadi tarikh sejarah buat aku kau dan dia
11 Ogos 2006 Kenangan aku bersama Si Dia
11 Ogos 2010 Kenangan aku bersamamu
Saat Aku melukakan hati mu sayang
Maafkan aku kerna melukakan hatimu teman...
Bukan niat aku melukakan hatimu
Namun kenangan 4 tahun lepas masih lagi segar dalam ingatanku
Sengaja aku lari dari kenangan itu
Namun aku tak berupaya..

Sedangkan kau berusaha membuatkan aku lupa kenangan bersama dia
Lantas aku yang tidak menyedarinya
Lantas aku yang yang masih leka dengan buaian kenangan semalam

Awak maafkan saya
Saya tahu semalam awak cuba buat saya lupakan dia..
Tapi saya yang masih lagi tidak menyedarinya
Saya sedar kata-kata saya banyak lukakan hati awak...
Saya tau awak bersungguh nak buat saya lupakan dia..
Saya minta maaf... saya tak kuat awak....
Saya tak berniat nak tipu awak,,

Saya tahu sekarang awak dha betul-betul marah dengan saya
Awak dah betul-betul terasa dengan saya
Awak mesti dah menyampah dengan saya kan..
Awak saya minta maaf...
Saya ingin lupakan dia..
Memang nak lupakan... tapi...
Tapi apa jaminan yang awak boleh berikan pada saya
Sedangkan saya mengharap pada awak...
Sedangkan saya tak mungkin miliki awak..
Kerna hati awak milik orang lain
Sungguhpun awk beri kunci hati awak..
Tapi saya pegang kunci.. namun ia tetap milik orang lain

Saya tak paksa awak untuk terima saya
Saya sedar keadaan saya...
Tapi saya terlalu sayangkan awak..
Dan kini saya terlalu cintakan awak..
Awak tak sedar dan tak nampak semua tu..

Ingin sekali saya bisikkan ditelinga awak
Bahawa " Saya Cintakan Awak"
Ingin saya memeluk erat awak
Bahawa " Saya ingin berada dekat dengan awak"
Ingin sekali saya diikat bersama awak
Bahwa " Saya tak mampu berjauhan dengan awak"
Tapi.... mampukah awak tahu semua itu?

Andai awak tahu...
Ingin sekali saya buat awak lupakan dia
Ingin sekali saya buat supaya hanya ada saya dihati awak
Tapi saya tahu... saya tak sebaik dia
Dan saya tak setanding dia
Dan saya tak sehebat dia
Yang sentiasa menyenangi hati awak..
Yang sentiasa berada di setiap genap ruangan hidup awak
Yang sentiasa bertahta di hati awak..
Saya tahu ... memori awak terhadap dia kuat
Sedangkan saya baru 6 bulan bersama awak

lantas saya biarkan awak dengan kenangan awak
Mendengar luahan hati awak mengenai dia
Perasaan cinta awak pada dia
Sungguhpun saya terasa sedih..
Namun jauh disudut hati saya
Saya merelakan segalanya
Kerna awak bahgia dengan cara awak....
Saya tahu awak lebih bahgia bersama dia
Walaupun saya terasa namun saya tetap doakan awak akan bersama dia semula
Mungkin awak bahgia bersama saya
Tapi bahagia itu tidak sehebat bahgia awak bersama dia

Kegembiraan awak adalah kegembiraan saya
Kebahagiaan awak adalah kebahagiaan saya
Ingin sekali saya merubat kekecewaan awak..
Tapi saya tau... saya tak mampu..
Namun tetap saya cuba...


Maafkan saya awak... Maafkan saya
Ingin sekali saya luahkan semua ini pada awak
Namun saya tak mampu
Tak mampu luahkan semua ini..
Saya tak mahu tambah serabut awak

Saya berharap awak sedar sendiri
Andai di masa depan awak terbaca tulisan saya ini..
Mungkin semuanya hanya tinggal kenangan
Walaupun hanya kenangan
Tapi cukuplah andai awak tahu
Walaupun awak bukan milik saya
Saya tetap doakan awak bahgia..

Awak... senang untuk saya katakan...
Bahawa.... SAYA CINTAKAN AWAK...
& SAYA SAYANGKAN AWAK...
Biarpun kita sekadar Teman Istimewa
Namun Awak tetap teristimewa dalam hidup saya

Wednesday, August 11, 2010

11 Ogos 2006

8/10/2010 10:46:28 PM

Malam ini aku mula terasa kesepian
Aku kembali teringat akan dirinya
Esok adalah hari kenangan
Hari dimana menjadi saksi antara aku dan dirinya
Dimana aku menyerahkan seluruh jiwa dan ragaku hanya untuknya
Aku menerima dia seadanya seperti dia menerima aku seadanya
11 ogos 2006 menjadi saksi aku dan dirinya menjadi satu
Aku tiba-tiba merindui saat itu
Sukar untuk aku melupakannya
Kenangan itu kembali menerjah kotak fikiranku

Kenangan itu sukar untuk dihapuskan
Antara kita sukar untuk disatukan kembali
Namun jauh disudut hati ini
Kau tetap yang terbaik dalam hidupku
Aku tak tahu samaada mampukah insan lain menjadi yang lebih baik dari dirimu

Ramadhan menjelma sudah
Kenangan bersamamu kian terasa
Masih teringat lagi yang kau selalu membelikan sup kegemaranku
Setiap kali puasa kau tak pernah lupa belikan nya
Namun… ramadhan kali ini
Bagai tiada seri… bagai ada kekurangan
Ya… tanpa sup daging dan tanpa hadirmu
Teringat aku saat kau menegurku

Bilamana aku berkata “ Abang, kenapa abang tak puasa hari nie? Tak eloklah”
Dan kau menjawab “ ayang tau ker makna puasa tu? Apa sebenarnya puasa tu? Adakah puasa itu hanya pada bulan ramadhan sahaja? Adakah hanya berpuasa mengikut adat sahaja? “ pelbagai soalan kau lemparkan padaku semula

Dan aku terdiam… tanpa berbicara. Lantas kau usap kepalaku dan kau kucup dahiku, lantas kau berkata
“ Dah lah, nanti kita dah nikah ayang taulah dan ayang akan faham apa maksud abang. Abang akan jaga, akan ajar ayang semuanya” Aku hanya tersenyum.
Namun kini semuanya berubah, kita dah jauh, Jauh dari segala impian kita. Ramadhan kali ini tanpa dirimu. Terasa kosong kurasakan kehidupan ini, siapakah mampu mengisi kekosongan itu?

Aku sedar antara kita Cuma tinggal kenangan, dan dengan kenangan itulah aku, aku bangkit biarpun langkah kaki ini longlai. Kerna kenangan itu sentiasa mengekori ku, menghantui aku, menarik aku kembali kesana

Aku cuba berdiri kembali, membina hidup aku tanpa hadirmu lagi. Sungguhpun aku takut akan bayangku sendiri, namun aku harus kuat, aku harus berpijak dibumi nyata..

BAHWA…. Aku dan dirimu hanyalah TINGGAL KENANGAN… Kenangan yang tinggal dicebisan kotak hidupku yang tak akan luput, dan aku tahu, perjalanan hidupku masih panjang, lantas katamu padaku pada saat akhir perhubungan kita, “Andai ayang bertemu insan yang lebih baik dari abang, terimalah dirinya dan lupakan abang dari kehidupan ayang, selamanya. Bawalah haluan kita msing-masing, kerna tiada jodoh antara kita”


Andai itu suratan perhubungan yang telah terjalin 4 tahun ini, aku cuba menerima segala ketentuan. Namun senang untuk kau tahu bahawa, aku tak bisa untuk mudah melupakanmu biarpun aku kini mula mengalihkan segalanya kepada si dia. Kenangan kita masih ada biarpun aku kini mula memberi ruang kepada dia untuk memilikiku.


Tuesday, August 10, 2010

Wanna Tell You

I just wanna tell you......

I really...Really ...Really

MISS YOU!!!!!


WhyYou Hurt Me Again

I want to write here..
Don't know where should i told
And with whom should i tell
So i decided to write down here

You hurt me today
Why?
You keep asking me all that past story..
Honestly..
I don't want to remember all that
I want to keep it far from me..
But you keep asking..

I know.. but please i'm hurting you know?
Sometimes i hurt you too
But not as much you do to me k..
Huh..Huh...
You always make me feel sad..
Why...

You want me to hate you?
What you really want from me?
Can you tell me please?

Whatever you done,
I still forgive you
Why?????
Because i Love you...
Did you knew it????
NO!!!! You don't Know...

Enough lah....
Honey...
I hope you understand me please

You tau tak.. tak dah mengalah dengan you
You ask me to do that, do this, and this..
I buat tau..
I mengalah dengan you...
Berlembut dengan you..
ikut Kehendak you...
Tapi macam nie you buat dekat i...
Sumer nak puaskan hati you jer...
Hati i? Ader you kisah?

Tak pun....
Jahatlah awak nie...
Suker buat saya macam nie....
Kalau awak terjumpa aper saya tulis dekat sini..
harap awak faham..
Sedih giler... (ye sebab awak buat saya gila dekat awak)

Nasib baik saya cepat cool hari nie..
Kalau tak saya merajuk...
Tapi saya tak pandai merajuk...
Awak jer yang pandai merajuk..
Pastu mintak dipujuk... Hu..Hu...

Nak manja2 lah tu...
Kalau saya merajuk.. Awak tak suker..
Nangis pun awak tak suker...
Entah aperlah perangai saya yang buat hati awak senang...
huh.... Pelik awak nie...

Dah lah..
Tulis banyak2 dekat sini
Nanti sambung lagi...
Ada keje...
Tu lah awak...
saya nak cakap dekat awak tak beranai...
Takut nanti jadi gaduh and salah faham..
Saya letak dekat sini jer...
Nanti suatu masa nanti bila saya takder...
Harap awak terbacalah tulisan saya nie..

Monday, August 9, 2010

Too Tired

9 Aug 2010, 1.00pm


Mengantuknya... sangat-sangat mengantuk
Sejak terima notis, semangat untuk bekerja semakin hilang
Nasib baik ada awak bagi semangat
Jadi saya taklah rasa macam tak bermaya
Walaupun ada sikit2 tak bermaya tu

Hari nie tak buat kerja sangat
Update maklumat penting dekat blog dan website
dan mana2 pengiklanan yang ader no phone saya
Kerja harus diselesaikan mana yang patut
Sebelum meninggalkan position saya yang dah tak wujud lagi nie

Emm.. Sedih juga.. Tapi dah masanyer untuk berubah
Mungkin ada lagi baik menanti saya
Banyak juga maklumat yang harus diubah
Emmm yang dah lupa pun ada..

Tak mengapa..
Carilah maklumat tu..
Ubah mana yang boleh..
Nasib baik ada FB, blog private nie, blog personal..
Taklah rasa bosan...
Yang penting ader awak..
Yang layan SMS saya..


Takkan Ada Cinta Yang Lain

Haruskah kuulangi lagi
Kata cintaku padamu Yakinkan dirimu
Masihkah terlintas didada
Keraguanmu itu Susahkan hatimu

Reff :
Tak akan ada cinta yang lain
Pastikan cintaku hanya untukmu
Pernahkah terbersit olehmu
Akupun takut kehilangan... Dirimu

Ingatkah satu bait kenangan
Cerita cinta kita Tak mungkin terlupa
Buang semua angan mulukmu itu
Percaya takdir kita Aku cinta padamu

Back to Reff :

Akankah nanti
Terulang lagi
Jalinan cinta semu
Dengar bisikku
Bukalah mata hatimu...

Semakin Hari Semakin Jauh

Kenapa semakin hari kita semakin jauh
Tidak seperti dahulu?
Aku ingin kembali seprti dahulu
Namu bisakah kita kembali

Hari-hari aku kian dibelenggu perasaan sendiri
Menyintaimu namun tak mampu milikimu
Haruskah aku lupakan perasaan ini?
Haruskah aku membuang rasa cinta untukmu?
Perlukan aku pergi dari hidupmu?
Meninggalkan kenangan yang kita cipta bersama?

Aku tak sanggup meninggalkanmu
Tapi hati aku menjadi cemburu
Tatkala ada insan lain dihatimu
Tatkala ada insan lain yang telah mencuri hatimu

Ye aku tak patut ada perasaan itu
Kerna aku hanyalah temanmu
Maafkan aku..
Andai suatu hari aku hilang dari pandangan matamu
Ketahuilah aku tidak pernah hilang
dari pandangan mata hatimu
Melainkan kau membuangku dari hidupmu

Aku tidak dipunyai sesiapa kini
Aku ingin kau miliki aku
Namun.. Biarlah...
Aku tidak ingin memaksamu untuk milikiku
Biarlah kau ikhlas terhadapku
Ikhlas menerimaku
Seadanya


Saturday, August 7, 2010

Kenapa?

Awak
Maafkan saya..
Memang kadang-kadang saya mengelak dari awak..
Tapi bukan sengaja saya..
Tapi saya cemburu..
Cemburu... Cemburu..
Bila awak cerita pasal orang lain..
Saya tahu saya tiada hak untuk merasa cemburu
Tapi hati seorang wanita..
Perasaan dia apabila insan yang disayangi dan cintai bercerita perihal orang lain

Saya minta maaf..
Bodohnyer saya nie kan
Buat awak macam tu..
Saya minta maaf awak..

Kalau awak tak cakap dengan saya..
Saya sakit hati... sebab awak tak berterus terang
Tapi bila awak bagitau, saya cemburu..
Tapi saya tak marah.. sebab hak awak..
Hu..Hu..
Gilanyer saya kan... kan...

Awak...
Macam mana saya nak buat lagi
Supaya awak tahu kasih sayang saya dekat awak
Supaya awak tahu.. saya menanti awak
Supaya awak tahu.. prasaan saya pada awak?

Awak tau tak nie?
Emm Luper..
Manalah awak tau..
Awak bukan leh baca pun..
Hu..Hu..
Takperlah awak..
Harap2 suatu hari awak tau..
Dan awak sedar... tentang saya..
Dan saya harap waktu tu..
Masih ada ruang buat kita..

Tiada Maya Aku Kelesuan

Disinilah tempat aku meluahkan perasaan didalam hati ini
Kelesuan yang kurasakan didalam kehidupan aku kini
Semenjak aku berdiri sendiri
Semenjak aku kehilangan arah dan tuju
Aku semakin tiada maya
Langkah aku kian longlai
Meniti hari-hari yang bagai tiada maya

aku terus jua melangkah
demi kasihku pada ayah bonda
demi harapan yang disandarkan
aku teruskan jua

semenjak aku kehilanganmu
memang aku tiada maya
sungguhpun kita bertengkar
sungguhpun kita tidak serasi lagi
sungguhpun telah terputus ikatan ini
sungguhpun memori kita kian berlalu
namun jauh disudut hati ini
masih terselit rasa kasih
masih tersimpan rasa cinta

yang aku tak mampu membuangnya
biarlah ia terkubur bersama cinta kita yang tidak kesampaian
senang untuk kau tau..
kau yang terbaik yang pernah mendampingiku..

Sukenyer Dengan Awak

Emmm... Semalam saya rasa sangat bahgia..
Nak tau kenapa?
Sebab awak ambil berat tentang saya
Nak tau?
Dah lama saya tunggu awak tanya semua tu

Kali nie pertanyaan awak tak macam selalu
Hari nie lagi serius
Emmm awak cemburu yer?
Emm perasaan saya jer kut..
Mungkin awak tak cemburu..
lagipun awak takder perasaan dekat saya pun..
kan..kan...

Tapi Doa saya makbul jugak..
Awak tanya juga dekat saya
Apa yang abang tu buat and cakap dengan saya
Saya suka...suka sangat
Bertambah sayang saya dekat awak..
Awak tahu tak nie?

Emm mungkin awak tak tau..
sebab sy tak cakap dekat awak..
Saya tulis dekat sini jer
Lagipun awak bukan taupun..
He..he..
Maaf yer.. tak berani nak cakap dekat awak
Sebab cakap ngan awak awak buat2 tak perasan..
Hu..hu..

Aperpun maaf malam tadi buat awak marah..
Saya tak sengaja..
Tapi awak dah taukan..
If i tak ready i tak boleh..

Awak..
Saya agak kasar ker perkataan saya?
Saya minta maaf yer..
Saya pun tak tau..
Sejak akhir2 nie saya macam agak kasar
Minta maaf sangat2

Awak pun kene faham gak dengan saya
Tapi saya takut kalau awak tengah marah..
Saya terasa bila awak cakap perkataan macam tu dekat saya
"Mampus lah" Awak.. saya terasa tau..
Saya tak suka.. Air mata saya menitik bila awak cakap macam tu
Ader awak tau? xkan?

Awak saya tak suka awak cakap kasar dengan saya..
Betul2 terasa..
Awak nie cakap dengan saya mcam saya ni kawan2 lelaki awak..
Sedih tau..
Awak jer marah saya cakap kasar.. tapi tak penah saya sebut perkataan macam tu dekat awak tau,. Tak pernah.
I just kata TAKNAK K
Tujer... tu pun awak marh saya gila2

Please ye awak.. Jangan cakap macam tu lagii
Please yer..

Friday, August 6, 2010

You Ask Me

You ask me " what i really mean in my status"
I'm sorry.. i don't wanna hurt you by telling the truth
I know you really want me to explain
But i can't

just ignore it honey
Yes.. i really hurt
when you reject me..
And i realize i'm not suite for you
I know she's the best for you
i can't replace her in your heart

Its ok honey.. i knew
I hope you happy and get your love back.
I'm here still loving you even far from here
Just for you..
Even you don't see how much i love you
Even you don't feels what i'm feeling on you

Its alright
One day, you will understand
and realize my feels on you
i still love you from here..
even we're best friend only

Thursday, August 5, 2010

5 Month Before

5 Month before
We meet at one destination
Without any plans
From that moment
We be like a friends
Share every moment together

And...
We become closed.
Really closed
Like couple but we are not couple
Like lovers but we are not lovers
But we share it really closed

And i don't know
Today's... we are different
Totally different
Whether you realize or not
But that's the fact

I miss our previous
But i know.. we couldn't turn it back
We can't get it because we are different
Then i said to own self
Memory is just memories..
Sometimes we couldn't get back our memories
But we can just remember it
We just can think it
What had happen before,
It just a piece of life
Sometime we're happy and sometime not

What i can do know jus remember it
And put it inside my heart
Cause here is the best place for you
You're save here
And i won't forget it forever

And i accept everything happen between us
Cause i know.. You're not mine
But in my heart
You Still Mine
Just remember...
"I'm Yours"

Siapa Aku Dihatimu

Akhirnya aku memberanikan diri memberitahu dia
Bahawa aku kecewa atas penolakan dia
Bahawa aku tawar hati kini
Kerna sedih dan kecewa
Namun….
Bisakah dia mengerti
Hanya kata maaf yang dia ungkapkan kepadaku

Ya aku mengerti kini siapa diriku
Hanya teman disisinya
Dan aku tak bisa mendampingi dia
Lantas keakraban dan kemesraaan lalu mula kembali dikotak fikiranku
Apakah kemesraan ini akan terus terjalin
Sedangkan dihati masing-masing tidak sama

Dihatinya hanya ada dia
Dia yang sangat dicintai
Biarpun mereka tidak bersama lagi
Dan aku hanya pendatang sementara
Yang menjengah dikala aku diperlukan

Mungkin ini jalan takdirku
Yang terpaksa aku terima dengan seikhlas hati
Moga suatu hari
Kau bisa mengerti bahawa
Aku benar-benar menyayangimu
Dan saat ini aku mnyintaimu dalam diamku
Tapi bilakah masanya kau bisa mengerti
Atau mungkin bila hati ini telah dimiliki
Atau mungkin telah terlewat untuk kau mengerti

Walau apapun..
Aku disini sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaanmu
Andai aku tak bisa menjadi penemanmu
Biarlah aku menjadi penerangmu
Andai aku tak bisa menjadi destinasimu
Biarlah aku menjadi jambatanmu
Aku kan selalu ada disisimu
Biar dekat atau jauh
Biar jelas atau kabur
Tetap disisimu

Wednesday, August 4, 2010

Bangkitlah Wahai Diriku

Berjalan aku di atas kepingan-kepingan hati yang berkecai
Dibawah dedaunan rindu yang gugur luruh
Ditiup angin kencang merobek segala
Dibawah langit hitam yang meruntuh jiwa

Melihat bunga-bunga cinta gugur layu menutupi bumi
Melihat sang burung berkicau menagih simpati
Desiran ombak menghempas patai ibarat membisikkan kata remuk dihati

Tersedar aku dari lamunan yang panjang
Masih meniti di titian yang rapuh
Masih mengharap kepada satu angan yang tak pasti
Melalui jalan yang kian bercabang dan berliku

Sedarlah wahai diriku
Usah lagi kau terus leka dalam mimpi-mimpi indahmu
Ia bukan lagi suatu mimpi yang indah
Segalanya telah lama berlalu
Dan telah meninggalkan kamu kebelakang
Kamu telah jauh ketinggalan dengan arus masa yang terus berubah

Bangkitlah wahai diriku
Berpijaklah kepada bumi yang realiti dan bukan fantasi yang sering kau mainkan
Terimalah seadanya yang kau miliki kini
Pasti ada jalan yang lebih baik untuk kau teruskan
Perjalanan hidupmu

Monday, August 2, 2010

4 tahun sudah

4 tahun sudah kita bersama
Mengharungi suka duka dialam percintaan
Banyak yang telah kita tempuhi bersama
Susah Senang,
Semuanya telah kita lalui bersama

dan saat-saat bahgia masih lagi segar diingatan aku
aku terasa ingin kembali kepada saat-saat bahgia kita
Namun aku merasakan begitu payah kini
Untuk kembali seperti dulu
Antara kita sudah tidak sehaluan lagi
Jalan yang kita lalui bersama sudah tidak bersatu lagi

Aku dengan caraku dan kamu dengan cara kamu
Aku tahu antara kita sudah terasa sungguh asing
Aku tahu dan aku sedar
Maafkan aku..
Mungkin ada salah dariku
Atau mungkin juga salah darimu
Atau mungkin bukan salah daripada kita berdua
atau bukan salah sesiapapun

Adakah perpisahan yang terbaik untuk kita?
Seperti yang acapkali kau katakan kepadaku?
Jika itu keputusan yang terbaik
Aku merelai segalanya..

Ku Pendam Segalanya

Hati aku semakin terusik dengan kenangan lalu
Ingin sekali aku pergi membawa diri
Jauh dari segalanya
Jauh dari apa yang aku miliki kini

Aku semakin dibelenggu dengan pertanyaan
Pertanyaan yang tak pernah lekang untuk masuk kekotak fikiranku
Sememangnya aku insan biasa
Tak pernah lari dari sebarang kesilapan
Dan aku menyesali setiap langkah perjalananku
Sepatutnya aku tidak harus sesal
Semua telah berlaku

Andai masa bisa diundur..
Aku ingin warnai kehidupan ini dengan warna warni
Yang pastinya akan lebih baik dari hari ini

Kupendam segala
Didalam kotak hati ini
namun bisakah siapa mengerti
Akan jalan hidupku ini

Biarlah.. Biarlah kupendam
Mungkin itu lebih baik
Hanya Allah yang bisa mengerti akan segalanya.