Thursday, December 20, 2012

Jarak semakin memisah

Dalam meniti titian jalan hidup kebersamaan
Masih lagi penuh kurang...
Mencipta kesempurnaan hanya dengan keizinannya...
Mencari dan terus mencari...
Berusaha dan terus berusaha

Namun jarak semakin memisah..
Jauh.. semakin jauh...
Waktu kian menjadi singkat...
Kebersamaan semakin merenggang
Demi segalanya kepadaNYA..
Tiada lelah memaut padaNYA...
Berharap semoga perjalanan dipermudahkan..
Dijauhkan segala kecelaruan...
Mengharap detik yang indah datang bertandang...

Walau kini berjalan sendiri...
Redha berkorban demi yang dikasihi..
Moga bahgia...dirinya yang dicintai..
Moga redha tak ditukar kesempatan..

Diri kan sabar menanti kepulangan dari kejauhan...
Doa tak putus harapan...
Agar dirimu sentiasa dirahmati...
Dari zaujah yang setia disini..
Buat zauj yang kekal dihati...

Saturday, December 15, 2012

Jauh..

Kiniku terasa jauh...
Akan sesuatu yang dahulu rapat kini kian terasa jauh
Apakah ini suatu dugaan buat diriku
Untuk menghadapi sesuatu yang bakal mendatang
Seringkali tertanya pada diri
Bagaimanakah kesudahan episod ini?
Dimanakah akhirnya...

Lantas kutersedar...
Menghentikan persoalan itu...
Persoalan yang biarlah Allah menentukan segalanya
Hanya padanya aku berserah...

Wednesday, December 12, 2012

Disaat Hati Berbisik

Bila sendiri.. dan sentiasa sendiri...
Hati kecil sentiasa berbisik...
Bertanya kan sampai bilakah kan begini
Sampai bilakah teruskan hidup dalam kekaburan
Mencari sesuatu yang tiada pasti..
Biarpun berada dijalan yang realiti

Bertanya kepada diri...
Adakah masih tenguh kesabaranmu?
Apakah rela dirimu terus begini selamanya?
Adakah rela dirimu terus berselindung dalam realiti?
Bersembunyi disebalik kebenaran?

Jawapan apakah harus kuberi
Menjawab pertanyaan yang semakin menghantui diri
Menjerat diri...

Bilakah???

Sunday, November 18, 2012

Adakah Ini PeringatanNya

Dihari-hari yang kian dititian ini...
Merasakan sempitnya ruang...
Merasa beratnya langkah perjalanan...
Merasa kosongnya waktu...
Bagai hilang serinya..
Bagai pergi entah kemana...

Kurenung jauh kehadapan...
Apakah mampu kuteruskan hidup sedemikan rupa..
Apakah ini balasan atas segala dosa..
Apakah ini peringatan atas segala kelalaian dan kealpaan...
Adakah ini suatu petanda... runtuhnya sebuah pegangan...
Ataukah suatu tanda jalan penghijrahan...

Adakah aku sering mengejar sesuatu yang tak pasti ..
Sedangkan ku lalaikan realiti...
Ya Allah.... Berikanlah petunjuk kepadaku..
Atas semua kekeliruan ini..
Atas segala kekurangan ini..
Tunjukkanlah jalan keluar padaku..
Untuk mencari Jalan yang diredhaMU..

Friday, November 16, 2012

Lelah Untuk Kuteruskan Jua

Masihku berdiri teguh disini... Biar semalam masih mengejar-ngejar kembali..
Mampukah aku bertahan dengan kakiku disini
Seperti tiada arah tuju yang tak pasti...
Bagaikan menanti dan terus menanti...
Namun hampa sepanjang hari...

Kakiku kian lelah tuk melangkah..
Ingin sahaja berhenti disini...
Ingin sahaja tuk kuundur diri...
Namun masih yang menarik-narik untuk terus disini
Haruskah aku melangkah pergi..
Atau teruskan perjuangan ini...

Saban hari Saban waktu..
Rela terus berbakti... Rela terus berkorban segala...
Rela menangguh apa yang ada...
Sabar menanti... Sabar menunggu...
Namun... terus juga tiada yang pasti...

Dimanakah hakku yang harus dipertahan?
Dimana letaknya janji yang tak bertepian?
Dimana harapan diletak meninggi..
Dimana...dimana....
Bagai bermain tarik tali...
Entahkan bila terputus talinya...

Selagi dayaku bertahan
Selagi teguh kaki berjalan..
Selagi tetap niat dihati...
Kuharungi jua...
Moga harapan... tidak tinggal harapan..
Moga Janji... tidak kan tinggal janji..
Kerna aku amat memerlukannya...

Saturday, November 10, 2012

Pandang kehadapan... Lupakan Dibelakang

Lama sudah tidak menulis coretan dari hati
Lantas akan kesibukan diri mengurus segala urusan sendirian
Namun hati tetap tabah menjalani kehidupan...
Menyendiri.. Beridam Diri.. Menghilang Diri..
Jauh dari segala... Itu lebih baik untuk ubat kegusaran hati..

Biar apa kata orang... Biarlah... Biarlah..
Sombong... Lupa Diri...
Namun aku tahu dimana diriku berpijak..
Dimana Jalan yang sedang kulalui..
Arah mana hentak aku tujui
Dan destinasi manakah akan aku singgahi..

Masa berputar ... hari silih berganti..
Takkan pernah sama semalam dan hari ini
Takkan pernah berulang... cerita yang telah berlalu..
Meninggalkan kita jauh...
Haruskah kite menoleh lagi...
Sedangkan dihadapan masih banyak yang perlu dilalui..

Perlukan kita mengutip memori-memori
Sedangkan masih ada yang boleh dicipta kembali..
Usah menanti... Usah meratapi...
Jalani ajalan yang sedang dilalui
Pasti kan temui.. suatu yang hakiki
Hanya kepada Ilahi... kusandarkan diri..
Semoga bertemu bahgia yang hakiki..
Insyaallah...

Sunday, September 2, 2012

Semakin Hari Semakin Terasa

Langkah demi langkah
Hari demi hari terus berlalu
Namun segalanya masih tetap disini
Sehari-hari mencari
Jalan diatas segala kesulitan ini
Namun bisakah difahami

Aku belajar memahami hati orang lain..
Namun bisakah diriku difahami
Melihat hidup sedemikian
Meniti hari yang entahkan ada kepastian
Mengharapkan impian menjadi kenyatan
Dan harap tiadalah berkecundangan

Thursday, June 21, 2012

Bahagia Itu Dengan Izinnya

Mencipta bahgia itu hak kita sebagai hambanya
Tidak kiranya dengan apa cara segalipun
Jalan mana yang dilalui sekalipun
Atau... dimana sekalipun
Atau dengan siapa sekalipun
Asalkan dicipta atas namaNya
Dan dengan IzinNya juga bahgia itu tercipta

Walau bahgia dengan menempuh kesusahan
Walau bahgia dengan menempuh kedukaan
Walau bahgia yang lambat mendatang
Segalanya keranaNYA

Usah dirisaukan kerana tiada bahgia
Bahagia tak semestinya hanya didunia sahaja
Diakhirat tetapda bahgianya
Yang penting janganlah lupa KepadaNya
Kerana dialah penentu segalanya

Syukur Alhamdulillah..
Diri ini menempuh bahgia..
Dengan segala izin dariNya
Biarpun tanpak sukar..

Monday, June 18, 2012

Padanya Ku berserah

Dalam meniti hari-hari yang berlalu
Seakan-akan hati tertanya-tanya
Akan dimana hujungnya..
Hujungnya kisah sebuah kehidupan
Akhirnya sebuah kehidupan

Kadang kala mata merenung jauh
Merenung masa yang telah berlalu
Merenung masa yang senang berjalan
Merenung masa yang bakal mendatang

Kadang hati mahu segala yang indah
Kadang hati mahu semua yang baik..
Namun semua itu dengan izinnya
Kita hanya mampu merancang
Dan selebihnya DIA yang menentukan segalanya

Namun hati tetap tabah..
Tabah menghadapi segalanya
Pasti tersembunyi hikmah diatas segala
Padanya kuberserah...

Thursday, May 24, 2012

Lupakan Aku

Tolonglah lupakan diri ini
Kerana diri ini telah dimiliki
Oleh insan yang bernama Suami

Cukuplah agar kau mengerti
Bahawa cinta kita tak mungkin bertaut lagi
Kasih tidak akan berputik lagi
Ikatan terputus tak mungkin bersambung lagi

Mungkin perit bagi dirimu menerima
Tapi segalanya dah tertulis diatas takdirnya
Belajarlah menerima akan segalanya

Binalah hidup yang baru
Kerana perjalanan masih jauh
Tolong lupakan diri ini
Kerna aku tak mampu untuk kembali lagi
Maafkan aku

Monday, May 14, 2012

Jangan Dipaksa

Untuk apa memaksa hati untuk menerima
Untuk apa memaksa Cinta kembali hadir
Untuk apa memaksa Rindu bertamu lagi
Untuk apa memaksa ikatan terjalin lagi

Andai hati telah tertutup
Andai cinta beralih arah
Andai Rindu hilang sudah
Andai ikata terputus sudah

Hakikat harus diterima

Usah memaksa
Usah merayu
Kerna hati tak mampu mendengar
rintihan.. demi rintihan
Cukup sudah..
Cukuplah

Sunday, May 6, 2012

Kerinduan Buatmu Yang Disayangi

Walau hari-hari menatap wajahmu
Bertentang mata denganmu
Melihat gayamu...
Namun... rinduku cukup kuat untukmu

Walau kau didepan mataku
Walau kau hampir denganku
Walau mampu sahaja aku mendakapmu
Namun kau tetap jauh dariku..
Membuat aku menjadi terlalu rindu

Semakin hari semakin rindu
Semakin hari semakin menyayangimu
Semakin hari semakin aku mencintaimu

Semakin hari semakin ikhlas dan tulus ku kerana Nya
Hanya dirimu.. hanya dirimu
Yang bertahkta dihati ini..
Memiliki seluruh cinta dan hati ini

Pintaku.. kau jagalah ia..
Siramilah dengan kasih sayangmu
Cintailah aku seperti mana dalamnya cinta dan kasihku untuk mu

Moga-moga..
Ikatan ini kekal selamanya...
Dengan izin yang maha kuasa..
Mudah-mudahan

Friday, May 4, 2012

Hati Yang Kusakiti

Maafkan diri ini
Kerna telah menyakiti akan hati itu
Tiadalah mampu ku perjelaskan segalanya
Akan hati yang telah aku sakiti
Maafkan diri ini

Sesungguhnya tiada pernah aku memaafkan diri ini
Atas segala yang telah terjadi
Akan apa yang telah aku tinggalkan
Atas janji yang telah kumungkiri
Atas sumpah yang telah kulanggari
Atas ikatan yang telah kuleraikan
Atas kegembiraan yang telah kuragut
Atas segala kesilapan yang terbuat
Atas keterlanjuran yang terlakukan
Maafkan diri ini

Jalan ini telah kupilih
Jalan yang sukar lagi kutempuh
Demi mencari erti sebuah kehidupan
Demi meniti sebuah kebahagiaan
Demi menjalankan erti sebuah tanggungjawab
Demi mengerti erti sebuah perhubungan
Demi melayari bahtera kekeluargaan

Mungkin ini jodoh untukku
Dipilih menjalani kehidupan sedemikian
Kulayari jua dengan penuh kesabaran...

Atas sebab apa ... biarlah ia rahsia..
Kutahu hati itu terlalu sakit
Namun mungkin sakit itu akan reda ditelan waktu
Kuharapkan begitu
maafkan aku...maafkan aku..
Bukan aku tidak menyayangimu
Namun aku tak mampu
Tak mampu untuk terus melihatmu begitu..
Maafkan aku

Monday, March 19, 2012

Bagaimanakah Selepas Ini

Kusangka semuanya akan berjalan lanjar..
Namun kita manusia hanya merancang
Selebihnya... dialah yang menentukan

Tiadalah kusangka akan terjadinya begini
Maafkan aku... bukan salahku
Maafkan aku...

Kini aku menanti kehadiran hari esok yang tidak aku ketahui
Baikkah.. atau sebaliknya..
Bisakah aku hadapi semuanya
Ya Allah..
Berikan aku kekuatan..

Friday, March 2, 2012

Diam Itu Lebih Baik

Letih sudah mahu bicara
Lemah sudah mahu berkata
Mulut bagaikan terkunci mati
Suara hilang bagaikan dipecah-pecah

Terusan aku berdiam diri
Mungkinkah itu lebih baik
Tatkala diri tak mampu untuk berpatah lagi
Pinta ku agar terus memahami

Mungkin ini suratan takdir hidup ini
Atas pilihan jalan sendiri
Tiada apa yang boleh diubah lagi
Kuteruskan langkah kaki ini
Untuk meniti hidup yang telah dijalani kini

Biarpun dalam keadaan sederhana
Biarpun dalam sembunyi
Walaupun dalam kelam..
Kuyakin Allah pasti merahmati
akan segalanya ini...

Thursday, February 23, 2012

Aku Yang Telah Dimiliki

Masa tidak dapat diputar lagi
Yang lalu tidak akan mampu diulang lagi
Namun apa yang didepan akan ditempuh jua

Saat diri ini telah dimiliki
Jiwa, raga segalanya dimiliki
Oleh insan yang bernama suami
Menjadi pelindung untukku dunia dan akhiratku
Walau diri terpaksa bersendiri
Walau diri terpaksa berdikari
Namun terus kutabahkan diri
Agar Diri tidak terabaikan
Oleh janji yang telah diungkapkan
Oleh ikatan yang telah termetrai

Meninggalkan segala yang pernah dimiliki
Mengabdi diri pada dirinya yang satu
Menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin
Menjadi suri sesolehah yang mungkin
Agar diri benar-benar dihargai
Atas pengorbanan yang telah dilakukan

Sesalan tidak akan dibiar wujud
Tangisan tidak akan dibenarkan menitis lagi
Kekecewaan tidak ku biarkan bertandang lagi
Hanya yang diinginkan kebahagiaan
Biarpun didalam kelam
Biarpun didalam kesembunyian..

Kutabahkan hati meniti hari-hari kini
Biarpun aku mengerti akan suara-suara hati kelilingku
Merintih merayu agar kembali
Menarik-narik tangan agar bertandang lagi
Namun apalah terdaya diriku ini
Kerna aku.. Telah dimiliki
Oleh ikatan yang telah dijanjikan Ilahi

Biar masa yang menentukan segalanya
Segalanya dengan keizinan dariNYA
Insyaallah..
Kerna dia yang maha mengetahui akan segalanya...

Thursday, February 16, 2012

Jangan Tangisi Pemergianku

Janganlah tangisi akan pemergianku
Langkah kaki ini tak bisa diundur lagi
Memang sukar untuk terima
Namun tetap ada hikmahnya

Dalam kepayahan... dalam kesukaran
Namun harus juga kau dan aku tempuh
Dunia kian berubah
Masa silih berganti masa
Usahlah menoleh kebelakang lagi
Tiada guna tangisi lagi
Apa terjadi tak mungkin ditarik kembali
Walau ditarik... tetap tidakkan merubah segalanya

Aku disini punyai alasan tersendiri
Namun biarlah ia terpendam dihati
Terkunci mati... menjadi memori yg kekal abadi

Percayalah....
Setiap sesuatu itu ada makna tersendiri
Maafkan diri... kerna tak mampu berpaling lagi
Tidak terdaya aku... langkah ini tetap kuteruskan juga
Moga segalanya kutemui
Maafkan diri ini....

Tak mampu berpaling lagi

Maafkan diri ini...
Kaki yang kuhayun.. langkah yang telah diatur
tak mampu untukku berpaling lagi
dari apa yang telah ditakdirkan kini

sungguh aku tiada termampu
walau beribu rayuan dtg menerpa
walau berjuta yg hadir menjelma
namun langkahku tak bisa terundur lagi.
kerna aku kini TERASING!!!!

Aku kini insan lain
terikat pada ikatan
ikatan yg suci anugerah darinya

ya allah..
berikan hambaMu kekuatan dan ketabahan
menempuhi segalanya
hindari aku dari hasutan syaitan...
hanya padamu ya allah..
jauhi aku dari segala kesesatan...

Wednesday, February 8, 2012

Segalanya Berubah

Panas tak semestinya sampai kepetang...
Dan hujan tak semestinya berpanjangan
Mendung pasti berarak...
Kelam alam sementara.. Pasti cerah bakal menjelma

Begitu juga akan segalanya
Perubahan tetap ada..
Hanya masa dan waktu menetukan segalanya
Dengan keizinan darinya

Tiadalah aku menyangka..
Apayang kupegang kan hilang sekelip mata
Apa yang kucurah.. mengalir begitu sahaja
Apa yang dirasa lenyap segalanya

Maafkan aku.
Adakah salah dariku?
Tiadalah aku terduga akan semua ini
Kerana perasaan tiada menipu
Lebih-lebih lagi hati kita

Berkali aku mencuba
Untuk menjernihkan yang keruh
Membaiki apa yang patah
Membina apa yang runtuh
Namun tiada juga termampu aku

Sekelip mata berubah..
harap dikau dapat terima segalanya
Apa yang dirancang tak semestinya berkesudahan
Dengan apa yang kita inginkan..
Percayalah..
Pasti akan ada hikmah..

Sama ada baik untuk kita berdua
ataupun sebaliknya....

Maafkan aku...
Kerna ... Aku tidak termampu lagi...