Panas tak semestinya sampai kepetang...
Dan hujan tak semestinya berpanjangan
Mendung pasti berarak...
Kelam alam sementara.. Pasti cerah bakal menjelma
Begitu juga akan segalanya
Perubahan tetap ada..
Hanya masa dan waktu menetukan segalanya
Dengan keizinan darinya
Tiadalah aku menyangka..
Apayang kupegang kan hilang sekelip mata
Apa yang kucurah.. mengalir begitu sahaja
Apa yang dirasa lenyap segalanya
Maafkan aku.
Adakah salah dariku?
Tiadalah aku terduga akan semua ini
Kerana perasaan tiada menipu
Lebih-lebih lagi hati kita
Berkali aku mencuba
Untuk menjernihkan yang keruh
Membaiki apa yang patah
Membina apa yang runtuh
Namun tiada juga termampu aku
Sekelip mata berubah..
harap dikau dapat terima segalanya
Apa yang dirancang tak semestinya berkesudahan
Dengan apa yang kita inginkan..
Percayalah..
Pasti akan ada hikmah..
Sama ada baik untuk kita berdua
ataupun sebaliknya....
Maafkan aku...
Kerna ... Aku tidak termampu lagi...
awk sepatutnya kuat kn semnagt awk untk menyintai dia..kerana dia sukr memberi cinta...tetapi bila awk mendapt cinta dia...awk mendapt cinta yg agung d kalangan manusia..seperti cinta agung romeo n juliet dan cinta yg menjadi skasi seperti taj mahal.
ReplyDelete