Tolonglah lupakan diri ini
Kerana diri ini telah dimiliki
Oleh insan yang bernama Suami
Cukuplah agar kau mengerti
Bahawa cinta kita tak mungkin bertaut lagi
Kasih tidak akan berputik lagi
Ikatan terputus tak mungkin bersambung lagi
Mungkin perit bagi dirimu menerima
Tapi segalanya dah tertulis diatas takdirnya
Belajarlah menerima akan segalanya
Binalah hidup yang baru
Kerana perjalanan masih jauh
Tolong lupakan diri ini
Kerna aku tak mampu untuk kembali lagi
Maafkan aku
Tempat Seorang Isteri Adalah Disisi Suami... Namun.. Biarpun dikejauhan.. Menggamit dan mengharap kasih Pada Suami... Tempat BErteduh
Thursday, May 24, 2012
Monday, May 14, 2012
Jangan Dipaksa
Untuk apa memaksa hati untuk menerima
Untuk apa memaksa Cinta kembali hadir
Untuk apa memaksa Rindu bertamu lagi
Untuk apa memaksa ikatan terjalin lagi
Andai hati telah tertutup
Andai cinta beralih arah
Andai Rindu hilang sudah
Andai ikata terputus sudah
Hakikat harus diterima
Usah memaksa
Usah merayu
Kerna hati tak mampu mendengar
rintihan.. demi rintihan
Cukup sudah..
Cukuplah
Untuk apa memaksa Cinta kembali hadir
Untuk apa memaksa Rindu bertamu lagi
Untuk apa memaksa ikatan terjalin lagi
Andai hati telah tertutup
Andai cinta beralih arah
Andai Rindu hilang sudah
Andai ikata terputus sudah
Hakikat harus diterima
Usah memaksa
Usah merayu
Kerna hati tak mampu mendengar
rintihan.. demi rintihan
Cukup sudah..
Cukuplah
Sunday, May 6, 2012
Kerinduan Buatmu Yang Disayangi
Walau hari-hari menatap wajahmu
Bertentang mata denganmu
Melihat gayamu...
Namun... rinduku cukup kuat untukmu
Walau kau didepan mataku
Walau kau hampir denganku
Walau mampu sahaja aku mendakapmu
Namun kau tetap jauh dariku..
Membuat aku menjadi terlalu rindu
Semakin hari semakin rindu
Semakin hari semakin menyayangimu
Semakin hari semakin aku mencintaimu
Semakin hari semakin ikhlas dan tulus ku kerana Nya
Hanya dirimu.. hanya dirimu
Yang bertahkta dihati ini..
Memiliki seluruh cinta dan hati ini
Pintaku.. kau jagalah ia..
Siramilah dengan kasih sayangmu
Cintailah aku seperti mana dalamnya cinta dan kasihku untuk mu
Moga-moga..
Ikatan ini kekal selamanya...
Dengan izin yang maha kuasa..
Mudah-mudahan
Bertentang mata denganmu
Melihat gayamu...
Namun... rinduku cukup kuat untukmu
Walau kau didepan mataku
Walau kau hampir denganku
Walau mampu sahaja aku mendakapmu
Namun kau tetap jauh dariku..
Membuat aku menjadi terlalu rindu
Semakin hari semakin rindu
Semakin hari semakin menyayangimu
Semakin hari semakin aku mencintaimu
Semakin hari semakin ikhlas dan tulus ku kerana Nya
Hanya dirimu.. hanya dirimu
Yang bertahkta dihati ini..
Memiliki seluruh cinta dan hati ini
Pintaku.. kau jagalah ia..
Siramilah dengan kasih sayangmu
Cintailah aku seperti mana dalamnya cinta dan kasihku untuk mu
Moga-moga..
Ikatan ini kekal selamanya...
Dengan izin yang maha kuasa..
Mudah-mudahan
Friday, May 4, 2012
Hati Yang Kusakiti
Maafkan diri ini
Kerna telah menyakiti akan hati itu
Tiadalah mampu ku perjelaskan segalanya
Akan hati yang telah aku sakiti
Maafkan diri ini
Sesungguhnya tiada pernah aku memaafkan diri ini
Atas segala yang telah terjadi
Akan apa yang telah aku tinggalkan
Atas janji yang telah kumungkiri
Atas sumpah yang telah kulanggari
Atas ikatan yang telah kuleraikan
Atas kegembiraan yang telah kuragut
Atas segala kesilapan yang terbuat
Atas keterlanjuran yang terlakukan
Maafkan diri ini
Jalan ini telah kupilih
Jalan yang sukar lagi kutempuh
Demi mencari erti sebuah kehidupan
Demi meniti sebuah kebahagiaan
Demi menjalankan erti sebuah tanggungjawab
Demi mengerti erti sebuah perhubungan
Demi melayari bahtera kekeluargaan
Mungkin ini jodoh untukku
Dipilih menjalani kehidupan sedemikian
Kulayari jua dengan penuh kesabaran...
Atas sebab apa ... biarlah ia rahsia..
Kutahu hati itu terlalu sakit
Namun mungkin sakit itu akan reda ditelan waktu
Kuharapkan begitu
maafkan aku...maafkan aku..
Bukan aku tidak menyayangimu
Namun aku tak mampu
Tak mampu untuk terus melihatmu begitu..
Maafkan aku
Kerna telah menyakiti akan hati itu
Tiadalah mampu ku perjelaskan segalanya
Akan hati yang telah aku sakiti
Maafkan diri ini
Sesungguhnya tiada pernah aku memaafkan diri ini
Atas segala yang telah terjadi
Akan apa yang telah aku tinggalkan
Atas janji yang telah kumungkiri
Atas sumpah yang telah kulanggari
Atas ikatan yang telah kuleraikan
Atas kegembiraan yang telah kuragut
Atas segala kesilapan yang terbuat
Atas keterlanjuran yang terlakukan
Maafkan diri ini
Jalan ini telah kupilih
Jalan yang sukar lagi kutempuh
Demi mencari erti sebuah kehidupan
Demi meniti sebuah kebahagiaan
Demi menjalankan erti sebuah tanggungjawab
Demi mengerti erti sebuah perhubungan
Demi melayari bahtera kekeluargaan
Mungkin ini jodoh untukku
Dipilih menjalani kehidupan sedemikian
Kulayari jua dengan penuh kesabaran...
Atas sebab apa ... biarlah ia rahsia..
Kutahu hati itu terlalu sakit
Namun mungkin sakit itu akan reda ditelan waktu
Kuharapkan begitu
maafkan aku...maafkan aku..
Bukan aku tidak menyayangimu
Namun aku tak mampu
Tak mampu untuk terus melihatmu begitu..
Maafkan aku
Subscribe to:
Posts (Atom)