Anak ibu....
Tika ini ibu sedang menanti waktu-waktu kehadiran kamu dalam hidup ibu..
Sedikit hari cuma...
Setiap gerakanmu mendamaikan hati ibu
Ketahuilah olehmu bahawa...
Kamu satu-satunya yang ibu miliki kini
Moga kehadiran kamu menceriakan ibu
Ibu minta maaf sayang...
Kitakan terpaksa lalui hidup ini berdua...
Maafkan ibu juga...
Kerna ibu tak mampu buat apa-apa
Untuk menyelamatkan segalanya
Maafkan ibu sayang...
Ibu telah buntu tuk perbaiki segalanya
Ibu tak boleh berbuat apa-apa
Tika ayahmu tetap begitu
Tetap dengan keputusannya
Setinggi mana pun kasih sayang cinta ibu padanya tak bermakna baginya
Kesetiaan ibu pada ayahmu tetap dibiarkan begitu sahaja
Maafkan ibu sayang....
Ayahmu telah nekad...
Kamu sahaja yang tahu perasaan ibu
Bagaimana siang dan malam ibu tanpa ayah
Kesakitan ibu tanpa ayah disisi
Tangisan ibu yang tak pernah berhenti
Tergamak ayah kamu buat ibu begini setelah semuanya....
Ibu tak mampu buat apa-apa sayang
Ibu terlalu lemah....
Ibu kini hanya meniti hari yang tak tahu akan apa yang bakal jadi
Saat hadirnya kamu nanti... Saat itulah ibu kan tangisi kehilangan ayahmu
Saat itulah paling ibu harap
Ibu mampu hadapinya
Ibu dah kehilangan kata-kata...
Ibu harap kamu kan terus jadi kekuatan ibu
Sehingga akhir hayat itu
Hanya kita berdua sayang....
Kita berdua....
No comments:
Post a Comment