Sunday, October 27, 2013

Kamu itu amanah

Hampir sebulan sudah hadir dirimu sayang
Dan sebulan sahaja kita bersama sendirian tanpa dia...
Tak pelah sayang....
Apalah yang boleh diharapkan lagi
Hatinya milik Allah
Allah yang gerakkan hatinya

Walaupun hati ibu terluka yang amat
Tapi ibu tahu kamu juga begitu
Pasti rindukan dia
Merasa belaian dari seorang ayah...
Namun... Semua itu sekadar impianmu sayang...

Jangan risau...
Ibu akan belai dirimu sayang
Ibu akan manjakan dirimu sayang
Ibu sanggup korbankan segalanya demi kamu hatta nyawa ibu sendiri

Sehari 24 jam...
Seminggu 7 hari...
Sebulan 30 hari....
Hatta takkan tiada sehari dalam seminggu yang trluang untuk dirimu sayang

Kecanggihan teknologi dah meluas
Xkan masih merasa susah lagi...
Entahlah sayang..
Urusan orang manalah kita tahu sayang
Hati manusia pun tiadalah kita tahu
Lagipun dia dah letakkan jurang antara kita dan diri dia

Biarlah sayang..
Itu antara dia dan Allah....
Kamu Amanah dari Allah...
Amanah buat ibu dan ayah...
Dipihak ibu... Ibu akan jaga kamu sebaiknya...
Dia.... Biarlah ... Dia lebih tahu...

Sunday, October 20, 2013

Mungkinkah Hatiku Menjadi Keras

Semakin hari kumerasakan hatiku kian keras
Bukan keras hati untuk meniti jalan keredhaan..
Tapi hatiku kian keras dengan semua yang telah kuhadapi
Sedikit demi sedikit semuanya kian menyakitkan hati
Segalanya menerjah dibenak fikiran..
Segalanya masih kedengaran di gegendang telingaku

Ketidakadilan terhadap diri yang telah kurasakan
Bukan aku tidak redha dan bukan aku tidak sabar
Aku terima segalanya dengan hati yang tabah
Kujalaninya dengan penuh kesabaran
Sehingga alhirnya aku dibiarkan begitu sahaja

Bukan kumenolak takdir Allah
Namun kuberfikir...
Adakah sewenangnya manusia bertindak sedemikian?

Namun kuterpaksa menjalaninya juga
Walaupun bukan ini yang kupinta
Walaupun berkali kupujuk dan rayu segala
Namun... apalah dayaku
Biar berjuta kebaikan sekalipun..
Tetap jahat juga dipandang
Tetap buruk juga yang terlihat

Mungkin ini sudah takdir Allah buat diriku
Terpaksa laluinya walaupun telahku jatuh tak terbangun
Hilang segalanya...
Bersama Bidadari kecil yang tidak mengerti apa-apa
Kasihan ...
Dia menjadi mangsa segala....
Atas kebencian, ketidakpuasan hati manusia

Biarlah sayang...
Ini yang harus kita jalani...
Biarpun susah sekalipun..
Janji ibu kan menjagamu...
Hingga nafas ibu terhenti..

Saturday, October 19, 2013

Aku hanya ada dia kini
Satu-satunya amanah yang diberi Allah swt..
Melihat dia menangis teresak2 tanpa henti
Air mataku turut mengalir

Maafkan ibu sayang....
Ibu tak memahami kehendakmu
Tp ibu akan jaga kamu
Ibu minta maaf
Ibu pun tak minta kita akan begini

Takmengapa orang buat kita macam nie
Walau keluarga kita tak lengkap...
Tapi ibu akan lengkapkan...
Ibulah ibudan ayah kamu kini...

Wednesday, October 16, 2013

Tak guna lagi....

Lama tidak mencoret disini
Tak tahu apa lagi yang hendak diluah
Semua telah nyata
Bahawa aku bukan sapa-sapa
Sudah jelas sudah tiada apa-apa lg antara kita

Melihat wajah simanja..
Air mata ini tak mampu dibendung lagi
Apalah daya ibu sayang...
Orang buat kita macam ni.
Allah pilih kita untuk diuji sedemikian
Perit pun ibu terpaksa tanggung

Orang dah xsuka kita
Tak mahukan kita lagi
Apa lagi ibu nK buat
Merayu sudah... Merendahkan.diri pun sudah
Apalagi nak ibu kata
Untuk apa kita tambah kebencian orang pada kita
Ini yang mereka mahu
Tak mahu lihat kita bahgia

Tak mengapa sayang...
Ibu selalu ada..
Ibu akan bahagiakan anak ibu sendirian
Ibu akan besarkan anak ibu dengan kudrat ibu sendiri
Ini janji ibu